berita

Syafiq Kyle Bagi Mimi Lana ‘Mini Love’, Bukti Hubungan Masih Dalam Keadaan Baik?

September 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Mimi Lana Syafiq Kyle

Baru-baru ini, perkongsian di Instagram Stories (IG Story) milik pelakon Mimi Lana telah menyorot perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: Mimi Lana Muat Naik Video Kerja Bersama Syafiq Kyle, Netizen Komen ‘Record Sebelum Tak Jadi Kahwin Kot’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ya Aku Sakit’ – Hantaran Instagram Mimi Lana Curi Tumpuan Warganet

Bagi mini love

Mimi Lana Syafiq Kyle

Menerusi hantaran tersebut, Mimi memuat naik trailer filem terbaharu lakonan tunangnya iaitu Syafiq Kyle berjudul Doh.

Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 28, meluahkan rasa bangga dengan hasil lakonan aktor tersebut.

Dalam masa sama, Mimi turut meluahkan rasa bangga kepada pengarah filem tersebut iaitu Ariff Zulkarnain.

Saya bangga dengan awak berdua, Ariff Zulkranain dan Syafiq Kyle.

Sementara itu, Syafiq dilihat mengular siar atau ‘repost’ perkongsian tersebut di IG Story miliknya.

Apa yang mencuri tumpuan, aktor berusia 31 tahun itu turut meletakkan simbol jari berbentuk ‘mini love’.

Perkara tersebut telah mencetuskan tanda tanya orang ramai mengenai status hubungan mereka selepas Mimi nekad membatalkan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos lalu iaitu seminggu sebelum acara berlangsung.

Susulan itu, ramai juga wargamaya yang membuat andaian bahawa hubungan Syafiq dan Mimi masih dalam keadaan baik sekali gus menepis dakwaan yang mengatakan mereka sedang bergaduh.

Untuk info, filem Doh bakal ditayangkan di platform Tonton bermula 16 September ini. Selain Syafiq, drama terbitan Indigo Films itu turut menampilkan pelakon lain seperti Sherlyn Seo, Aida Amron, Fariz Isqandar, Fatimah Abu Bakar, Fabian Loo dan Taqim Zaki.

Filem arahan bersama Ariff Zulkarnain dan Haris M. Nor itu mengisahkan seorang lelaki bernama Faiz (Syafiq Kyle) yang terpaksa menguruskan perniagaan bakeri berusia 100 tahun milik ayahnya yang baru meninggal dan dalam masa perlu menjaga ahli keluarganya yang bermacam- macam perangai. 

Apabila sebuah bakeri moden yang lebih popular baru dibuka, Faiz terpaksa mencari cara untuk memastikan tradisi kedai dan keluarganya diteruskan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×