berita

‘Syafiq Tak Terlelap, Tak Berhalusinasi, Dia Elak Objek Atas Jalan’ – Adik Syafiq Ahmad

December 8th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, pihak polis melaporkan punca kemalangan yang terjadi kepada penyerang muda pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, adalah disebabkan dia ‘terlelap’ ketika memandu. Namun, perkara tersebut disangkal oleh ayahnya sendiri Ahmad Ibrahim ketika ditemu ramah media.

Artikel Berkaitan: ‘Syafiq Dipercayai Terlelap Ketika Memandu’ – Polis

Terbaru, adik kepada Syafiq Ahmad, Fadhliz, tampil memberikan respon menerusi Instastory di plaftom Instagramnya.

Palsu!

Jelas Fadhliz, abangnya ketika itu sama sekali tidak mengantuk dan berkhayal. Ketika kejadian, Syafiq cuba mengelak satu objek di atas jalan dan dia ketika itu sedang bersembang dengan isterinya. Tambahan pula, Fadhliz turut ‘pelik’ dengan kenyataan daripada pihak media sedangkan sehingga kini tiada sebarang laporan polis yang dibuat daripada mereka sekeluarga.

Tidak berakhir di situ, dia turut menyangkal laporan media yang menyatakan anak saudaranya Aaira, mengalami pendarahan dalaman di bahagian otak. Sebenarnya, Aaira selamat dan tidak mempunyai seberang luka akibat kemalangan tersebut.

Keadaan Aaira

Ada benda

Tidak berakhir di situ, Fadhliz turut berkongsi satu tweet yang menyatakan terdapat pengguna lain turut menceritakan benda yang hampir sama iaitu melihat sesuatu di lebuh raya tersebut. Lelaki tersebut juga telah membuat laporan kepada pihak PLUS susulan melihat objek tersebut.

Terdahulu, Syafiq memandu dari Johor Bahru menuju ke rumah mentuanya di Pendang, Kedah. Kejadian yang berlaku kira-kira empat pagi itu telah mengorbankan ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42.

Sumber: Fadhliz

SKIP THIS AD ×