berita

Syak Boyfriend Curang, Pelajar Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 18

January 10th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Disebabkan cemburu, seorang pelajar wanita di sebuah universiti swasta bertindak bunuh diri dan terjun dari tingkat 18 sebuah sebuah pangsapuri. Tragedi itu telah berlaku di Bukit Beruang, Melaka pada 1.30 pagi tadi. Memetik laporan Harian Metro, mangsa berusia 21 tahun itu berbalah dengan teman lelakinya sebelum bertindak lari ke rumah dan bunuh diri.

Syak teman lelaki ada wanita lain

Difahamkan, teman lelaki mangsa telah menjalin hubungan dengan wanita lain menyebabkan dia nekad untuk bunuh diri dan terjun dari kediaman tersebut. Menurut laporan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah iaitu Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata mayat pelajar itu ditemui oleh beberapa rakannya di atas tanah di belakang blok kediaman asrama mereka.

Mangsa dipercayai terjun dari tingkat 18 pangsapuri sebelum mati di tempat kejadian akibat parah teruk.

Berdasarkan keterangan rakan mangsa, pada kira-kira 10 malam kelmarin, mangsa bersama beberapa rakan berbincang mengenai hubungannya dengan teman lelaki, namun ketika perbincangan itu, berlaku satu pertengkaran apabila mangsa mengesyaki teman lelakinya mempunyai wanita lain sebelum dia berlari keluar dari rumah kira-kira 1 pagi.

Rakan jumpa mangsa

Susulan itu, rakannya keluar mencari pelajar itu di sekitar kawasan penginapan universiti dan pada kira-kira 1.30 pagi, mereka menjumpai mayat mangsa di atas tanah di belakang Blok D pangsapuri terbabit.

Siasatan pihak polis mendapati di setiap tingkat Blok D kosong dan menemui sepasang selipar di atas lantai dan satu cermin mata putih di atas tembok berhampiran tangga di tingkat 18 blok tersebut.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×