Sebelum ini, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Nur Syamimia tampil memohon maaf kerana menjadikan patung dewa Yunani (patung David) sebagai perhiasan di rumahnya.
Artikel Berkaitan: Syamimia Mengaku Bersalah Simpan Patung Dewa David Dalam Rumah – ‘Saya Masih Muda & Buat Kesilapan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamimia Mohon Maaf Tak Guna ‘Pengaruh Besar’ Sebar Kesedaran Isu Palestin, Netizen Terus Kecam & ‘Unfollow’
Belum buang?
Syamimia berkata, kecaman dan teguran yang dilemparkan netizen telah membuka matanya lalu mengambil keputusan untuk membuang patung berkenaan.
Bagaimanapun, lain pula ceritanya apabila pempengaruh itu dilihat masih menyimpan perhiasan tersebut.
Menerusi perkongsian terbaharu di TikTok, patung itu didapati masih berada dalam rumah Syamimia dan diletakkan di atas meja berdekatan televisyen.
Menyedari dirinya bakal dikecam netizen, Syamimia dilihat menutup ruangan komen perkongsian tersebut.
Pun begitu, video berkenaan telah dikongsikan semula netizen di platform X.
Sekali lagi, netizen telah mengkritik dan mengecam tindakan pempengaruh itu selain menyifatkan dia telah berbohong.
Terdahulu, nama Syamimia teruk dikecam apabila didakwa bersikap natural mengenai pergolakan yang berlaku di Palestin.
Sumber: TikTok