Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Syamimia tampil menjawab mengenai kewujudan patung David yang diletakkan di ruang tamu dan bilik tidur sehinggakan tular di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamimia Mohon Maaf Tak Guna ‘Pengaruh Besar’ Sebar Kesedaran Isu Palestin, Netizen Terus Kecam & ‘Unfollow’
Artikel Berkaitan: Dikecam Duduk PPR Tapi Hidup Mewah, TikToker Dedah Rumah Milik Arwah Ibu – ‘Berhenti Belajar Bayar Hutang’
Saya masih muda
Menerusi hantaran di Instagram Story, Syamimia memohon maaf atas kekhilafan dirinya yang leka dengan perhiasan patung dewa Yunani di dalam rumahnya.
Kata Syamimia, kecaman dan teguran itu telah membuka matanya untuk menjadi individu yang lebih peka serta sensitif terutama melibatkan agama.
Dengan rendah hati, saya sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas kekurangan saya selama ini.
Isu Palestin dan ukiran patung David telah mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka pada isu semasa dan merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya.
Saya bersama Palestin dan patung tersebut telah dilupuskan.
Tambah Syamimia, dia mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu terbabit.
Saya akui masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan ini menjadi iktibar untuk saya perbaiki diri di masa hadapan.
Dalam pada itu, Syamimia sekali merendahkan diri meminta maaf kepada orang ramai sekiranya tindakannya telah mengguris hati secara tidak sengaja.
Selepas isu Palestin, nama Syamimia kembali menjadi sorotan netizen selepas kantoi menjadikan patung Davis sebagai perhiasan di rumahnya.
Patung tersebut adalah patung dewa Yunani iaitu Apollo yang cukup sinonim dengan perhiasan rumah. Bagaimanapun, umat Islam dilarang untuk menjadikan patung berkenaan sebagai bahan perhiasan rumah.
Sumber: Instagram