Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba kecoh di media sosial mengenai desas desus mendakwa bekas madu kepada seorang pelakon terkenal didakwa sudah diceraikan oleh suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal tanah air.
Berikutan daripada itu, nama pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isteri, Ira Kazar dipetik oleh netizen berhubung dakwaan tersebut.
Artikel Berkaitan: Perkahwinan Syamsul Yusof & Ira Kazar Di Thailand Jadi Fakta Menarik Buat Pelancong
Hantar foto doa
Ketika dihubungi OhBulan! sebentar tadi, bapa kepada Ira iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi menyatakan dia masih belum mengetahui tentang khabar angin yang sedang hangat diperkatakan.
Bagaimanapun, Kazar, 64, sempat memberi respon ringkas.
‘Pula, netizen tak ada kerja.’
Di samping itu, pelakon ‘Abang Long Fadil 3’ ini turut menghantar sekeping foto potongan doa daripada Surah Ali ‘Imran di Whatsapp.
Doa daripada surah Ali Imran itu membawa maksud ‘Ya (cukup). Jika kamu bersabar dan bertakwa ketika mereka datang menyerang kamu dengan tiba-tiba, niscaya Allah menolongmu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda’.
Hari ini, sebuah blog mendakwa anak kepada pelakon veteran itu sudah diceraikan menerusi WhatsApp malah dihalau daripada rumah. Lebih dahsyat, ada yang mengatakan si isteri itu ada ‘penyakit berbahaya’, namun diharapkan hanya khabar angin sajalah.