Susulan tindakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof memfailkan nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pada hari ini, isteri pertama iaitu Puteri Sarah Liyana tampil bersuara.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Fail Nusyuz, Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Syaikhul Tahu Konflik Kami Dari YouTube, Dia Cerita Dekat Yusof Haslam’ – Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Yang Beli Beras Dengan Lauk’ – Puteri Sarah
Kenapa baru sekarang?
Ketika dihubungi, Puteri Sarah mempersoalkan kenapa selepas empat tahun rumah tangga bergolak baru Syamsul memfailkan permohonan nusyuz.
Tegas Puteri Sarah, dia tidak gentar kerana yakin berada di pihak yang benar.
Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz sedangkan masalah ini sudah berlaku sejak empat tahun lalu . Apa yang dia mahukan lagi?
Buatlah apapun kerana saya tidak takut. Saya yakin saya di pihak yang benar.
Tambah aktres berumur 37 tahun, Syamsul selayaknya diberikan gelaran nusyuz kerana sudah mengabaikan dirinya.
Jadi siapa yang nusyuz? Insha-Allah segala kebenaran akan terbongkar. Tunggu dan lihat.
Doakan semoga urusan saya dipermudahkan dan keadilan berpihak kepada mereka yang berhak dan benar.
Akta Kesalahan Jenayah Syariah
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan Syamsul dan isteri kedua, Ira Kazar sedang dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah seksyen 23 iaitu persetubuhan luar nikah.
Isterinya (Ira Kazar) pun sudah dipanggil untuk beri keterangan dan saya sedang menunggu tindakan lanjut dari mahkamah.
Saya bersyukur kerana ibu mentua sentiasa berada di belakang saya dan dia sedia untuk menjadi saksi dan pencelah terhadap kes membabitkan saya dengan isteri kedua Syamsul dan ahli keluarganya yang sedang berjalan di mahkamah sekarang.
Terdahulu Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pada petang Selasa.
Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.
@ohbulanofficial Replying to @kak ria cookies Sebab kenapa Syamsul Yusof berdiam diri selama ini. #ohbulan #sembangentertainment #sebab #syamsulyusof #berdiam #diri #selama #kes #besama #puterisarahliyana