berita

[VIDEO] ‘Saya Yang Beli Beras Dengan Lauk’ – Puteri Sarah

March 7th, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Kontroversi yang melibatkan rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof masih berpanjangan selepas pengarah sensasi itu enggan bercerai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Happy Birthday To Me!’ – Ini Reaksi Puteri Sarah Bila Syamsul Enggan Bercerai, Dedah Mak Mentua ‘Willing’ Jadi Saksi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Enggan Cerai, Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul Pada Tahun 2020

Lelaki beli beras?

Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Sarah memberi peringatan kepada golongan lelaki yang masih menyebelahi pelakon filem Munafik.

Kata aktres berumur 38 tahun, istilah lelaki ‘beli beras’ tidak wujud dalam kehidupannya kerana dia bekerja keras setiap hari.

Kepada penyokong-penyokong lelaki di luar sana yang tegar menyokong Syamsul Yusof itu, yang kata kita beli beras.

Check balik kot! Saya yang beli beras dengan lauk semua.

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Pada prosiding itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, bersama peguam syarie, Roshdan Sujak.

Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.

Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.

Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

SKIP THIS AD ×