Pelakon Puteri Sarah Liyana bersyukur apabila hubungan dengan bekas suami, Syamsul Yusof bertambah baik selepas bercerai pada 14 Julai lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Sambut Tetamu Istimewa Raya Aidiladha Pertama? -‘Ada Orang Tu Nak Datang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Setuju Bayar Nafkah Bulanan Anak RM6,000, Edah Puteri Sarah RM15,000
Artikel Berkaitan: Syamsul Kongsi Gambar Sumayyah Menangis, Netizen Selidik Pemilik Gelang Tangan – ‘Gigih Scroll IG Sah Puteri Sarah’
Sering berkomunikasi
Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Sarah memberitahu pengarah sensasi itu sudah kerap meluangkan masa dengan anak-anak. Kata Puteri Sarah, itu adalah perkembangan positif yang perlu dikekalkan demi kebahagiaan dua cahaya mata mereka.
Selepas apa yang berlaku, Syamsul lebih kerap berjumpa anak-anak. Hubungan saya dengan dia juga lebih baik dan kami selalu berhubung memberitahu perkembangan anak-anak.
Ditanya adakah Syaikhul Islam dan Sumayyah bertanya mengenai status hubungan, jawab aktres berumur 38 tahun, dia tidak pernah menceritakan masalah yang berlaku.
Tiada sebarang pertanyaan daripada anak-anak tentang apa yang berlaku. Biarlah mereka tahu secara natural. Anak-anak pun tidak terasa ketiadaan bapa sebab Syamsul selalu ada.
Kalau boleh saya nak terus rapatkan hubungan Syamsul dan anak-anak. Insya-Allah selepas ini dengan bapa dan mak mentua pula. Kami pun tidak menetapkan tempoh masa untuk berjumpa anak.
Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui di majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) yang diadakan di The Agam pada Selasa.
Syamsul datang beraya
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan ‘tetamu istimewa’ yang datang beraya pada Hari Raya Aidiladha adalah Syamsul.
Syamsul datang beraya dengan anak-anak. Tetapi datang beraya di rumah siapa, saya tak boleh kongsikan. Lama juga Syamsul luangkan masa pada hari itu.
Saya melihat ia satu perkembangan yang baik dan tidak lagi seperti dahulu. Anak-anak juga sangat gembira, jadi saya mahu terus kekal begini.
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun bercerai selepas empat tahun berlaku pergolakan.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.
Sumber: Instagram