Susulan daripada tuduhan Ammar Alfian yang mengatakan pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof bercinta secara senyap-senyap sejak Oktober tahun lalu, akhirnya pelakon dan pengarah muda tersebut tampil memberi kenyataan berhubung isu berkenaan.
Menurut Syamsul, dia sendiri tidak tahu bagaimana Ammar Alfian boleh mengaitkan dirinya dalam hal peribadi pelakon tersebut dan melahirkan rasa kesal dengan segala tuduhan tidak berasas itu.
Selepas segalanya aku baca dan renungi…Apa yg ku boleh katakan aku agak terkejut dan hairan. Mengapa dia melibatkan aku dlm masalah peribadinya? Dengan begitu bangga menghina aku, keluargaku juga beberapa pihak yg lain di laman twittermu?
MasyaAllah kawanku, jgnlah kamu terlalu megikut rasa nafsu dihati sehingga mengaku sendiri keburukan diri dan sedarkah kamu, kamu bukan saja telah menghina org lain dengan kata2 kotormu itu malah kamu sndiri tanpa sedar telah memalukan keluargamu, juga terus-terusan menunjukkan keburukan dirimu pd umum. Sedarkah kamu kwnku?
Artikel Berkaitan :
Menerusi kenyataan yang sama, Syamsul akui tidak mahu memanjangkan hal remeh sebegitu dan menyifatkan tuduhan Ammar keatas dirinya adalah satu tindakan yang tidak matang.
Dlm hidup yg singkat ini aku berpegang pada Agama dan prinsip. Aku memilih utk tidak memanjangkan hal ini dgn perbalahan tanpa kesabaran kerana kesabaran itu adalah senjata setiap muslim. Tiada kematangan/kebaikan dlm isu ini.
Jadi aku maafkan kamu atas segala tuduhan dan hinaan mu padaku juga keluargaku. Aku maafkan kamu kwn. Aku sedih melihat kita berbalah, memfitnah dalam dunia maya. Kita hidup tidak lama.. Mengapa perlu ditambah ‘bekalan yang tidak sepatutnya’ untuk dibawa ke ‘sana’.. – Ujar Syamsul menerusi laman Facebooknya beberapa jam yang lalu.
Bagus juga sifat Syamsul yang dilihat tidak mudah melatah dan sanggup memaafkan kesalahan orang lain. Diharapkan artis-artis lain diluar sana akan bersifat terbuka dan berfikiran positif seperti Syamsul.