Sejak dari petang semalam, orang ramai mula kecoh mengatakan filem terbaru arahan Syamsul Yusof berjudul KL Gangster 2 telah tersebar di laman internet.
Ekoran daripada itu, Syamsul melalui laman Facebook miliknya memberi peringatan kepada individu yang memuat naik filem itu tanpa kebenaran.
Menurut Syamsul lagi, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan keras untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab.
Mengikut perancangan, KL Gangster 2 sepatutnya akan mula ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober 2013 dan ketika ini Syamsul sedang giat menjalankan aktiviti untuk mempromosikan filem tersebut.
Namun jika difikirkan semula, pastinya sudah beribu orang yang memuat turun dan menonton filem tersebut sebaik sahaja ia tersebar. Jadi, mampukah KL Gangster 2 mencapai rating box office seperti yang dijangkakan?