berita

Syamsul Yusof Mahu 10 Anak Dengan Puteri Sarah

March 10th, 2014 | by Ai
Kini Trending

SHAMSUL NIKAH-49

“Saya mahu 10 anak.” Laju sahaja Syamsul Yusof mengeluarkan kenyataan itu sambil berseloroh di hadapan media ketika ditemui selepas majlis pernikahannya dengan Puteri Sarah Liyana selamat dilangsungkan pada pagi hari Sabtu.

Bagaimanapun ianya sekadar gurauan kerana pasangan ini ternyata tidak mempunyai perancangan tetap berkenaan bilangan zuriat dan lebih selesa membiarkan takdir yang menentukannya.

Dalam pada itu, Syamsul yang kelihatan pucat sambil tangan masih terlekat drip melahirkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya masih mampu dijalankan dengan sempurna biarpun kesihatannya masih belum stabil.

SHAMSUL NIKAH-51

Saya pun tak sangka dapat meneruskan majlis ini kerana ia bergantung kepada keadaan saya dan Alhamdulillah pagi tadi saya rasa sihat untuk datang walaupun sedikit mamai.

Saya tidak mahu menangguhkan majlis ini kerana semua sudah diaturkan dan kalau tunda ia akan menimbulkan banyak masalah pada semua pihak.

Namun seluruh kaum keluarga pasangan ini akur apabila majlis resepsi sebelah perempuan yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama terpaksa ditangguhkan.

Ada hikmah semua ini berlaku. Kalau nak ikutkan rasa bersalah juga sebab majlis resepsi terpaksa ditangguhkan. Saya harap mertua tidak marah.

Enggan Berkongsi Kisah Cinta

Walaupun enggan menceritakan detik permulaan kisah cinta antaranya dengan Puteri Sarah, tetapi Syamsul tidak ralat berkongsi keistimewaan isterinya itu dengan khalayak.

Saya yakin dia boleh jadi isteri yang baik jika diajar dengan cara bimbingan yang betul. Saya nampak kualiti isteri solehah tu pada dia. Saya tahu dia boleh.

SHAMSUL NIKAH-6

Sementara itu, Sarah juga mengakui suaminya itu adalah individu terbaik yang mampu membimbingnya menjadi lebih baik.

Saya tahu dia boleh bimbing saya. Dia adalah guru saya di dunia dan akhirat.

Bercakap mengenai perancangan selepas berkahwin, Syamsul memberitahu akan kembali memberi fokus pada kerja-kerja lakonan dan pengarahannya yang sebelum ini dihentikan seketika.

Ada beberapa filem yang saya tangguhkan dulu sebab saya sibuk dengan persiapan perkahwinan selain mempersiapkan diri untuk menjadi suami. Tapi saya akan sambung semula kerja-kerja saya selepas ini.

Apapun bagi yang tidak puas melihat foto pasangan ini di hari bahagia mereka semalam, di bawah ini kami sertakan beberapa keping lagi untuk tatapan anda.

SKIP THIS AD ×