berita

Syarikat Tempatan Sumbang Kembali Kepada Masyarakat, Jom Jadi Sebahagian Daripadanya!

September 8th, 2020 | by Epul
Insiprasi

Serangan wabak pandemik COVID-19 ternyata masih belum menunjukkan pengakhiran. Malaysia bernasib baik kerana ketegasan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya mengawal jumlah kes daripada terus merebak.

Namun begitu, pasca COVID-19 ternyata memberi impak besar kepada sosioekonomi negara akibat ramai yang kehilangan pekerjaan. Terpanggil dengan keadaan ini, Mamee-Double Decker Sdn Bhd melancarkan Kempen Sama-Sama bagi membantu mereka yang memerlukan.

Mamee Monstar sumbang 2 Juta Pek Ihsan kepada golongan terjejas

Memahami tak semua bernasib baik, Kempen Sama-Sama dengan inisiatif dari Kakitangan Mamee (Monstars) telah menyumbangkan 2 juta pek ihsan Mamee yang terdiri daripada mi segera Mamee dan Mamee Monster Thin Thin Bisnacks yang baru dilancarkan!

Bantu yang memerlukan, jom calonkan penerima Pek Ihsan Mamee!

Korang teringin nak membantu mereka yang memerlukan tapi tak tau macam mana? Apa kata korang calonkan je individu atau pihak yang korang rasa memerlukan dan biar team Mamee hantar sumbangan pek ihsan bagi pihak korang.

Penerima merangkumi rumah kebajikan, gelandangan, rumah anak yatim, rumah orang tua dan mereka yang terkesan dengan wabak COVID-19. Buat baik sebenarnya tak susah pun, jomlah #SamaSamaMamee untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Nak calonkan penerima mudah je! Korang hanya perlu mention @MameeNoodlesMY atau @IamMameeMonster di Instagram sebelum 30 Disember 2020!

Sama-Sama Mamee tunjukkan rasa cinta kepada negara dengan cover lagu ni!

https://www.facebook.com/mameenoodlesmy/videos/327679635095919

Selain membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan berkongsi 2 juta Pek Ihsan, kali ni Mamee juga nak korang bersaMAMEE beramai-ramai menyanyikan cover lagu ‘Sama-Sama Malaysia’ mengikut rentak lagu Freedom “Mulanya Di Sini”.
Memandangkan sekarang ni masih bulan kebangsaan mungkin korang boleh jadikan lagu Sama-Sama Mamee sebagai salah satu cara nak menunjukkan rasa cinta akan negara dan juga semangat saling membantu.
Mana tau cover korang terpilih untuk tampil dalam muzik video lagu Sama Sama Mamee dengan Hanie Soraya. Ikut je langkah mudah nak cover lagu ni:
Langkah 1: Rakam video korang nyanyi lagi #SamaSamaMamee
Langkah 2: Tag @MameeNoodlesMY dan @iammameemonster dengan caption hashtag #SamaSamaMamee
Langkah 3: Muat naik video nyanyian korang di instagram dan set akaun korang ke mode public.
Ni kami share siap-siap lirik lagu #SamaSamaMamee. Korang boleh rujuk Hanie Soraya nyanyi lagu ni, kalau korang nak catch up lirik dia:

Tibanya di sini
Kita rakyat Malaysia
Berganding bahu
Kita harungi bersama

Sehingga di sini
Sehati, sejiwa
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan

(Chorus)

Sama Sama, kita membantu
Sama Sama kita bersatu

Segalanya, kita bangkit bersama

Sama Sama gunung didaki
Sama Sama turun padang You and Me
Suka duka, BersaMAMEE BersamaMu

Jom #SamaSamaMamee lakukan kebaikan. “Terima kasih, Malaysia!”

Walaupun negara kita masih dalam tempoh pemulihan korang jangan pernah lokek untuk berbuat kebaikan. Korang boleh contohi Mamee yang memberi kembali kepada masyarakat bagi merigankan beban mereka yang terjejas pada masa yang sukar ini.

Jom tunjukkan rasa terima kasih kepada Malaysia dengan menyertai singalong Sama-Sama Mamee. Mana tau perbuatan baik yang korang lakukan boleh jadi inspirasi kepada orang lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Sama-Sama dan produk Mamee, korang boleh layari laman Instagram MAMEE Noodles Malaysia atau Mamee Monster#SamaSamaMamee.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×