Bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal memberitahu kehidupannya kini semakin tenang selepas berhijab.
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Jatuh Cinta Dengan Suami Sebab Wajah Mirip Nobita – ‘Saya Memang Suka Cerita Doraemon’
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Jawab Dakwaan Nenek Tidak Restu Perkahwinan – ‘Dia Terkejut Sebab Balik Dari Makkah, Saya Nikah’
Lebih tenang berhijab
Menurut Syasya, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk mengenakan tudung, namun akur apabila sebelum ini masih terikat dengan kerja.
Sebenarnya saya memang dah ada niat nak bertudung, lama la juga tapi sebab kerja saya rasa tak sesuai sangat dengan personaliti saya ketika bersama Dolla.
Bila saya keluar dari Dolla, alhamdulillah dah kahwin sekarang. Jadi saya rasa inilah masa sesuai untuk perlahan-lahan istiqamah dan mencari hala tuju baharu dalam hidup.
Saya masih perlahan-lahan untuk belajar dan masih mencari style tudung yang sesuai untuk wajah saya. Tengah beli-beli tudung juga. Slowly but surely.
Alhamdulillah tenang, sekarang ini pun ada suami saya yang banyak juga beri nasihat. Kadang-kadang kalau saya tak ada masa nak gosok tudung, dia yang tolong.
Sementara itu, Syasya berkata pakaian lamanya tidak dibuang, tetapi diberikan kepada adik perempuannya kerana masih elok untuk dipakai.
Baju lama-lama tak buang tapi ada yang bagi dekat adik. Mana yang boleh dipakai balik, saya beri kepada adik sebab dia masih kecil kan. Tapi memang kita ubah semua pakaian saya.
Mula-mula kita kena rembat tudung orang dulu (tudung ibu) untuk tengok sesuai ke tak.
Sementara itu, ibu kepada Syasya iaitu Farah Farina atau mesra disapa sebagai Riena mendedahkan anaknya itu sememangnya bertudung ketika zaman sekolah.
Syasya ini masa sekolah dia memang bertudung sebelum dia aktif dalam dunia menari dan Dolla. Bila kali ini dia nak bertudung, saya minta dia fikir betul-betul dan buat keputusan betul-betul.
Jangan main-main, hanya sekadar nak pakai sebab nak jual. Jangan main agama. Tapi dia kata memang nak belajar, jadi saya sokong dia. Saya terkejut juga la tiba-tiba dia nak pakai tudung. Saya sokong saja sebab dia pun ada rembat tudung saya.