Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal akui sedih sehingga mengalirkan air mata selepas menonton muzik video lagu ‘Here4U’.
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Berat Hati Keluar Dolla, Suami Bagi ‘Greenlight’ Untuk Bekerja
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Lebih Tenang Selepas Bertudung, Mahu Ubah Gaya Pemakaian – ‘Baju Lama Tak Buang, Tapi Bagi Adik’
Sedih sampai menangis
Menurut Syasya, lagu tersebut sepatutnya dinyanyikan berempat bersama ahli kumpulan lain iaitu Tabby, Angel dan Sabronzo. Namun akur apabila dia sudah mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada Dolla.
Sebenarnya saya sudah dengar lagu ini (Here4U) sebelum dilancarkan. Kami sepatutnya menyanyi bersama empat orang, tetapi saya sudah mengambil keputusan untuk keluar Dolla.
Saya sangat gembira apabila lagu ini berjaya dilancarkan. Dapat tengok muzik video istimewa lagu ini, menangis juga lah saya dan sangat comel.
Syasya berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemu bual oleh penyampai radio segmen 3 Pagi Era.
Meskipun tidak lagi bersama Dolla, Syasya memberitahu dia tidak akan berhenti memberikan sokongan kepada rakan-rakannya yang lain.
Apa pun berlaku, saya tetap menyokong Dolla. Kepada kakak-kakak saya (Tabby, Angel, Sabronzo) yang amat saya sayangi, terima kasih untuk semua yang pernah kita lalui sejak dari awal kita mula.
Terima kasih beri layanan yang sangat baik dan anggap saya sebagai adik bongsu kalian.
Saya akan sentiasa sokong kalian dan bawa nama Dolla ke peringkat antarabangsa. Buat Malaysia dan kelab peminat bangga.
Sebelum ini, Syasya mengejutkan industri seni tanah air apabila membuat pengumuman untuk keluar daripada Dolla pada 8 April lalu.
Sekadar info, Dolla ditubuhkan pada April 2019 yang dianggotai oleh empat gadis muda yang berbakat dalam nyanyian dan tarian.
Sumber: TikTok