Pelakon sedang meningkat naik, Syazani Zikry mencuri perhatian ramai apabila kariernya sebagai seorang pelakon semakin berkembang.
Artikel Berkaitan: Syazani Zikry Nak Popular Sebab Bakat, Bukan Kerana Konten Murahan
Artikel Berkaitan: Pengarah Filem ‘Tafakur’ Tak Kisah Penonton Bagi Komen Negatif – ‘Saya Ambil Maklum Balas & Buat Penambahbaikan Untuk Karya Akan Datang’
Sibuk dalam dunia lakonan
Walaupun sibuk dalam dunia lakonan, Syazani mengakui bahawa buat masa ini, dia memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjayanya.
Buat masa sekarang, tiada yang istimewa sebab saya nak fokus untuk kerjaya.
Syazani juga terkenal dengan sikapnya yang berterus terang apabila berbicara tentang hubungan.
Kalau suka, saya cakap terus. Tapi kalau tiada perasaan dan dia terlalu berharap, saya jadi kurang selesa.
Pelakon muda ini turut berkongsi bahawa dia agak memilih dari segi personaliti pasangan, namun menjelaskan bahawa dia belum mempunyai sasaran untuk berumah tangga.
Bagi saya, banyak lagi masa nak berlakon. Bila tiba masa yang sesuai, barulah fikir.
Fokus untuk kembangkan bakat
Syazani kini giat meningkatkan kemahirannya dalam lakonan dengan menghadiri kelas bersama pelakon hebat Fauziah Nawi dan menjalankan bengkel lakonan, pengarahan, serta penulisan skrip secara sendiri.
Antara projek terbarunya, drama bersiri Jambatan Kegembiraan yang akan dijadualkan bersiaran pada tahun 2025 di TV Sarawak. Dalam siri 13 episod itu, Syazani memegang watak Coco, seorang pembantu kepada pelakon utama.
Ini kali pertama saya mencuba genre komedi. Wataknya ringan dan kelakar, jadi saya teruja untuk mencabar diri saya.
Drama ini turut dibintangi oleh Michelle Lungan dan El Fadzril.
Di samping itu, Syazani juga melakar nama di layar perak dengan wataknya sebagai Kiyah dalam filem Tafakur yang ditayangkan pada pertengahan September lau.
Separuh orang boleh terima, separuh lagi tidak, tapi saya ingin menonjolkan kepelbagaian bakat saya.
Namun, dia mengakui ada reaksi terkejut daripada penonton yang tidak menyangka Kiah itu dilakonkan oleh dirinya.
Dalam perkembangan lain, filem lakonannya, Angkat, terpilih untuk tayangan perdana dunia di Festival Filem Blue Chair di Laos pada 7 Disember ini. Selain itu, filem pendek lakonannya, Tali Kasut, berjaya tercalon dalam Top 5 Filem Pendek Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33.
Dengan pelbagai projek menarik yang sedang berjalan, Syazani membuktikan dirinya sebagai pelakon serba boleh yang berpotensi besar dalam industri seni tanah air.