berita

Syed Saddiq Cadang Cuti Deepavali Dipanjangkan

October 19th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di Twitter, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melontarkan cadangan agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan tempoh cuti perayaan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan: Jepun Perkenal Undang-Undang Buruh Baharu, Pekerja Boleh Dapat Cuti Putus Cinta

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terpisah Selama 8 Bulan, Anak-Anak Teruja Sambut Kepulangan Bapa Untuk Deepavali Bikin Sebak!

Cuti Deepavali hanya 1 hari sahaja

Menurut Syed Saddiq, cadangan ini diutarakan berikutan satu kiriman pesanan yang diterimanya daripada seorang pelajar IPT. Pelajar tersebut meluahkan rasa kecewa dengan pelaksanaan cuti umum Deepavali yang hanya diberikan selama satu hari sahaja. Oleh itu, Syed Saddiq mencadangkan cuti umum tersebut dipanjangkan tempohnya dan dilaksanakan sama seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.

Menerusi ciapan tersebut juga, Syed Saddiq memaklumkan beliau telah menerima banyak mesej daripada pelajar yang bertanyakan mengapa cuti Deepavali hanya satu hari sahaja. Bukan itu sahaja, pelajar juga meluahkan, tempoh cuti yang singkat menyebabkan mereka tidak dapat pulang ke rumah untuk meraikan perayaan tersebut bersama keluarga kerana kelas dijalankan seperti biasa pada keesokan harinya.

Enggan berdiam diri, ahli politik berumur 29 tahun itu menyeru dan memberi cadangan kepada ‘Keluarga Malaysia’ agar memanjangkan cuti umum Deepavali untuk memberikan masa yang cukup kepada penganut agama Hindu meraikan perayaan itu.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×