berita

Syed Saddiq Minta Kerajaan Benarkan Gym, Padang Bola Dibuka – ‘Puluhan Ribu Bakal Hilang Kerja’

September 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Cinema Online

Umum mengetahui, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan semalam memaklumkan pihak kerajaan akan memberi kelonggaran beroperasi kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan sektor industri kreatif.

Kelonggaran tersebut hanya layak dinikmati oleh mereka yang telah lengap divaksin dan akan mula berkuat kuasa Khamis ini (9 September).

Respons Syed Saddiq

Foto: Syed Saddiq

Susulan daripada itu, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq menerusi satu hantaran di Facebook, turut mempersoalkan mengapa pusat gimnasium dan padang bola masih ditutup sedangkan panggung wayang telah dibenarkan beroperasi.

Cinema dah boleh buka tapi gym & padang bola yang open air masih kekal tutup.

Bekas Menteri Belia dan Sukan ini, turut mendakwa pihak kerajaan sekarang lebih mementingkan industri hiburan berbanding industri sukan dan kesihatan rakyat Malaysia. Jelas Saddiq, kerajaan perlu berlaku adil dengan pengusaha pusat sukan yang kini menanggung kerugian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa.

Nampaknya kerajaan lebih pentingkan industri hiburan dari industri sukan & kesihatan rakyat Malaysia. Saya tidak melawan dengan pembukaan panggung wayang dan sektor hiburan. Dengan SOP yang wajar, ia patut dibuka.

Cuma tolong bantu yang lain sebelum ianya terlambat. Puluhan ribu bakal hilang kerja jika SOP caca marba ini berterusan.

Terdahulu, Ismail Sabri menjelaskan aktiviti panggung wayang akan dibuka kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam.

Sumber: Syed Saddiq

SKIP THIS AD ×