berita

Syed Saddiq Tetap Hulur Sumbangan Laptop Walaupun Dalam Tempoh Kuarantin

October 5th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Presiden parti MUDA iaitu Syed Saddiq sangat disenangi anak-anak muda dalam memperjuangkan hak dan isu generasi Y. Baru-baru ini, Syed Saddiq telah memberi sumbangan kira-kira 500 buah komputer riba kepada pelajar dan keluarga yang mempunyai isi pendapatan kurang RM1,500 sebulan. Tujuannya itu adalah untuk meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan.

Menerusi perkongsian dari seorang pengguna laman Twitter, Hafriz Iqbal memuat naik video penerima bantuan komputer riba itu meluahkan rasa gembira kepada Syed Saddiq melalui panggilan video.

Video call pun boleh lah

Saya doakan anak-anak dapat banggakan pakcik, makcik dan keluarga semua. Minta maaf saya tak boleh bersama sebab saya masih dalam tempoh kuarantin. Kalau tak saya boleh turun sekali. Saya doakan pakcik dan keluarga berjaya. Inshaallah.

Keluarga ini sempat mengucapkan terima kasih kepada Syed Saddiq atas sumbangan tersebut. Mereka diberi kesempatan untuk berbual sendiri dengan Syed Saddiq menerusi panggilan video. Difahamkan, Syed Saddiq tidak ikut serta dalam memberi sumbangan berkenaan kerana masih lagi kuarantin di rumah selepas pulang dari Sabah.

Demi kebajikan Muar

@syedsaddiqDelivery boy Muar menjalankan tugas! Kebajikan rakyat Muar, tanggungjawab saya ??##1Keluarga1Laptop ##MudaJagaMuar? Ice Cream (with Selena Gomez) – BLACKPINK

Video yang dimuat naik Syed Saddiq menerusi laman TikTok ini menyaksikan bekas Menteri Belia dan Sukan mengedarkan beberapa buah komputer riba kepada pelajar yang kurang berkemampuan. Difahamkan, seramai 500 buah komputer diedarkan di bawah program Inisiatif Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar. Sumbangan tersebut diberikan kepada keluarga yang mempunyai isi pendapatan RM1,500 dan ke bawah.

Sumber: Hafriz Iqbal

SKIP THIS AD ×