Pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin memaklumkan dia berkemungkinan akan melahirkan cahaya mata pertamanya lebih awal daripada tarikh jangkaan.
Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Akhirnya Tunjuk ‘Baby Bump’ -‘Rezeki Yang Cukup Indah, Doakan Kami’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Safawi Rasid Sahkan Syifa Melvin Hamil 6 Bulan
Bersalin awal
Menurut Syifa, dia merasakan perutnya sudah ke bawah (jatuh) selepas kerap melakukan pelbagai aktiviti seperti mengemas rumah dan melipat baju.
Saya sekarang ini 36 minggu, perut dah jatuh. Saya rasa, instinct saya akan bersalin awal. Awal tapi dalam masa orang kata duration yang sepatutnya dia keluar la, dia dah matang.
Sebab saya sangat aktif, saya rasa macam tak pregnant. saya buat kerja, perut saya jatuh sehari selepas kemas bilik atas.
Syifa lipat baju, pergi bilik anak lipat baju pula, lepas itu masak dan cuci toilet pula. Esoknya itu Syifa nampak perut dah jatuh.
Syifa berkongsi mengenai perkara itu selepas menjawab pertanyaan peminat sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Siaran langsung tersebut kemudian dirakam dan dikongsikan semula oleh seorang pengguna, @kekasihfatinhananie.
Sementara itu, rata-rata netizen turut melahirkan rasa tidak sabar dan mendoakan agar Syifa melahirkan anak pertamanya dengan selamat.
Untuk info, Syifa mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya.
Video
@fatinhananie Kita sama sama doakan semoga dipermudahkan urusan syifa untuk bersalin & selamat kedua duanya ? #syifamelvin #syifawi #fyp #tiktokviral #racuntiktok #adikberadikthemelvin ? original sound – Kekasih fatin hananie
Sumber: TikTok