berita

Syoss Perkenal Pewarna Rambut Ilham Gaya Alia Bastamam

June 25th, 2014 | by Ai
Make-It-Senang

Introducing_Syoss Color

Tak dapat dinafikan, rangkaian penjagaan rambut Syoss memang terbaik terutamanya shampu dan conditioner. Ini memang terbukti keberkesanannya, tak tipu.

Tapi pewarna rambutnya tak pernah dicuba. Takut kena halau keluar rumah pula kalau kantoi warnakan rambut nanti. Lol!

Apapun, bagi yang sememangnya gemar menukar warna rambut mengikut trend dan fesyen terkini, bolehlah bergaya dengan seleksi pewarna rambut yang baru dilancarkan oleh Syoss.

Syoss amat berbangga untuk mewarnai gaya hidup penuh gaya para wanita Malaysia dengan kehadiran Syoss Color. Sebuah jenama yang menjadi fenomena gaya kepada para pengguna di Negara Eropah dan Asia, kini rangkaian Syoss Color boleh didapati di pasaran Malaysia. Syoss sebuah jenama yang arif tentang rambut wanita Asia, melengkapkan pengalaman rambut anda dengan rangkaian produk penjagaan, penata gayaan dan pewarna rambut yang profesional. Berikan rambut anda sentuhan profesional tanpa perlu ke salun dan pada harga yang berpatutan. – Tan Hock Guan, Pengurus Besar Henkel Beauty Care Retail – Malaysia.

L-R - Mr Tan Hock Guan, Alia Bastamam, Ms Caryn Loh, Ms Christine Law

Untuk kali ini, Syoss Color menampilkan 8 variasi warna yang cukup menarik dan menjadi trend gaya hidup wanita Asia. Antaranya ialah Black, Dark Brown, Chocolate Brown, Dark Mocha, Dark Ruby Red, Auburn Brown, Medium Ash Blonde dan Extra Light Ash Blonde.

Lebih menarik lagi, Syoss Color juga bekerjasama dengan Alia Bastamam yang memadankan setiap warna dengan ilham gaya signatur pereka fesyen terkenal itu.

Syoss Color_ 8 Fashion Forward Shades

Mungkin ada yang tertanya-tanya di mana boleh dapatkan produk Syoss. Kalau nak tahu, anda boleh membelinya di Farmasi Watsons, pasaraya hyper dan pasaraya utama seluruh Malaysia dengan harga RM25.90 untuk Syoss Color dan RM30.90 untuk Syoss Oleo Intense.

Jangan lupa untuk layari laman Facebook rasmi Syoss Malaysia dan Instagram mereka untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Syoss Supernova atau bagi mendapatkan maklumat lanjut.

SKIP THIS AD ×