berita

Syukur Dapat Buat Majlis Doa Selamat & Baby Shower, Netizen Teruja Ernie Zakri Bakal Timang Anak Perempuan

January 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelantun suara ‘Gundah’ Ernie Zakri meluahkan rasa syukur selepas dapat menyempurnakan majlis doa selamat untuk dirinya yang bakal melahirkan anak sulung tidak lama lagi.

Doa selamat untuk anak solehah

Menurut Ernie, dia tidak menyangka majlis doa selamat tersebut disertakan dengan baby shower. Ujar Ernie lagi, suaminya seorang yang sangat sweet kerana sudi menganjurkan kedua-dua majlis buatnya.

Syukur Alhamdulillah. Berkesempatan untuk buat doa selamat for anak solehah. Tak sangka ada sekali Baby Shower untuk kita. Terima kasih shurami surprise kan kita, rasa macam birthday pula. Sweet sangat la pula BangMel ni. Alhamdulillah, doakan semoga selamat segalanya. Amin.

Ernie dan Syamel turut berkongsi beberapa foto majlis doa selamat dan baby shower mereka untuk tatapan umum. Pasangan ini juga memohon doa orang ramai agar urusan Ernie untuk bersalin nanti selamat, lancar dan dipermudahkan oleh Allah.

Foto majlis kesyukuran & baby shower

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan para peminat. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat baby girl pasangan tersebut. Kami doakan urusan Ernie dipermudahkan ye!

Sumber: Ernie Zakri

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×