Isteri kepada pelakon terkenal Remy Ishak, Ezza Yusof meluahkan rasa gementar dan kagum selepas bergelar sebagai seorang ibu.
Artikel Berkaitan: Tuah Alam Pengikat Kebahagiaan Rumah Tangga Remy Ishak & Isteri
Remy berjauhan dengan anak
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ezza Yusof atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof, pada mulanya bimbang apabila suaminya iaitu Remy Ishak terpaksa meninggalkan mereka berdua atas urusan kerja selepas sebulan Ezza melahirkan anaknya Tuah Alam.
Banyaknya bawa bag sekarang? ni imbau kembali masa hantar Remy kat Airport .
Masa Tuah dalam perut, Remy beritahu nak kena outstation berlakon selepas 4 minggu Tuah lahir, Masa tu fikir, okey tak apa saya boleh lakukannya! jangan risau.
Tambahnya Ezza lagi, kehidupannya berbeza sebelum kehadiran Tuah Alam ini kerana dia bebas kemana sahaja yang diinginkan sekiranya Remy keluar bekerja. Namun, Ezza tetap bersyukur kerana masih ada keluarga terdekat yang dapat menemaninya.
Sebelum ini kalau Remy berlakon outstation rasa macam seronok. Boleh merayap? sekali Tuah dah muncul dalam hidup ni rasa phew! ini peringkat yang lain! apakah ini?
Koyak juga mental kadang-kadang bila sorang jaga Tuah nak pulak masa emosi tidak baik waktu malam. Nasib ada keluarga terdekat boleh buat teman.
Di samping itu, Ezza turut meluahkan rasa kagum terhadap wanita yang begelar seorang ibu kerana tabah menjalani waktu sukar bersama anak-anak.
Apa pun bonda Tuah ni, gembira sahaja dengan pengalaman baru ini, orang cakap nanti rindu pula masa macam ini. Terima Kasih la Tuah Alam anak ku jadi penggera bonda bangun sebelum Subuh?
Tabik untuk semua ibu di luar sana! Korang memang kuat. Anda tidak keseorangan.
Sekadar info, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun berkenalan dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tuah Alam pada 27 Julai 2023
Sumber: Instagram