berita

Taecyeon Tinggalkan Kekasih Demi Kerjaya

May 16th, 2013 | by Ai
Kini Trending

taecyeon-tumblr

Taecyeon, ahli kumpulan 2PM ini mendedahkan yang dia meninggalkan teman wanita pertamanya kerana mahu mengejar cita-cita sebagai seorang selebriti.

Penyanyi rap dan pelakon ini menceritakan perkara itu ketika 2PM menjadi artis jemputan di Radio Star. Bila diajukan soalan tentang lagu apa yang mereka mahu kekasih pertama mereka dengar, Taecyeon lantas memilih lagu ‘Finally Now’ dari Kim Dong Ryul.

Menurut Taecyeon, lagu itu mengenai seorang lelaki yang menyesal kerana tidak melayan kekasihnya dengan baik sebelum ini. Taecyeon juga mengakui lirik lagu itu sangat kena dengan cerita cintanya yang terputus.

Cinta pertama saya ialah gadis yang sebaya dengan saya dari Amerika Syarikat. Kami belajar di sekolah yang sama. Setiap tahun, sekolah akan mengadakan konsert di mana lelaki akan memakai ‘Tuxedo’ dan pelajar perempuan memakai gaun. Dari situlah kami mula tertarik antara satu sama lain.

Taecyeon menjelaskan lagi yang dia terpaksa memilih antara cinta dan karier ketika mula-mula ditawarkan peluang untuk terjun di dalam industri hiburan. Dia akhirnya berpisah dengan kekasih pertamanya kerana tidak mahu menyesal jika lepaskan peluang kerjaya itu.

Tambahnya lagi, sehingga sekarang mereka masih berhubung melalui laman sosial dan mengakui yang mereka berpisah cara baik. Jom dengar lagu ‘Finally Now’ yang Taecyeon cakapkan tu.

Sumber: Soompi

SKIP THIS AD ×