berita

Taeyang Big Bang Lancar Album Solo ‘RISE’

May 27th, 2014 | by Ai
Kini Trending

taeyang

Selepas kejayaan G-Dragon Taeyang Seungri “Thinking Of You” Fan Meeting Show yang lepas, pastinya ramai peminat-peminat K-Pop diluar sana yang ternanti-nanti perkembangan terbaru kumpulan Big Bang bukan?

Mana taknya, kumpulan yang terdiri daripada barisan jejaka kacak, G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri ini merupakan salah satu kumpulan yang paling diminati di Malaysia.

Terkini, menurut portal allkpop, salah seorang anggota Big Bang iaitu Taeyang bakal keluar dengan album solo yang berjudul ‘RISE’.

taeyangRise

Syarikat pengurusan YG Entertainment memaklumkan album tersebut bakal dipasarkan secara digital pada 2 Jun nanti. Kami pasti, tentu anda semua sudah tak sabar menanti kemunculan album ini bukan?

Bagaimanapun, syarikat pengurusannya masih belum memberitahu jumlah lagu yang bakal dimuatkan dalam album itu nanti. Apapun, kami pasti, semua lagu-lagu yang bakal keluar akan menjadi hits dikalangan peminat K-Pop. Betul tak?

Kalau nak tahu, album ini merupakan album solo ketiga Taeyang selepas kejayaan album solo pertama iaitu Solar (2010) dan juga Solar International (2010).

SKIP THIS AD ×