berita

‘Tahap Oksigen Makin Stabil, Adik Dah Borak’ – Amyra Rosli

April 11th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas berdepan detik cemas tahap oksigen Ayra Aryssa turun mendadak semalam, pelakon Amyra Rosli berkongsi perkembangan kesihatan anak perempuannya di Instagram (IG), sebentar tadi.

Artikel Berkaitan: Tahap Oksigen Tiba-Tiba Turun, Rakan Artis Doa Anak Amyra Rosli Segera Sembuh

Keadaan kesihatan makin baik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Menarik nafas lega, Amyra bersyukur Aryssa menunjukkan perkembangan positif apabila sudah mampu berborak.

Alhamdulillah day 5 (hari kelima) adik dah borak.

Menerusi Instagram Stories, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli memberitahu tahap oksigen Aryssa makin baik namun tetap perlu berada dalam pemantauan doktor.

Kata pelakon berumur 31 tahun ini, dia tidak sanggup melihat anak kecil yang baru berumur dua tahun itu mengharungi pengalaman yang menyakitkan.

Aryssa masih lagi dipantau tahap oksigennya. Tapi, alhamdulillah, oksigen Aryssa dah semakin stabil dan masih lagi dengan ubat-ubat yang dimasukkan menerusi kaedah drip.

Banyak sangat ubat dah masuk dalam badan dia selama empat hari ini. Saya sendiri tak sanggup tengok dia telan ubat, dimasukkan ubat di sini dan jalani ujian darah setiap hari. Nak buang air besar pun kena pam ubat.

Ujian kena lalui

Biarpun perit untuk ditelan, isteri kepada aktor Amar Baharin menganggap ini sebagai ujian untuk dirinya dan keluarga.

Ini ujian yang saya kena lalui. Anak kecil yang tak tahu apa-apa, dan tak fasih bercakap apa-apa lagi kena jangkitan Kawasaki yang sangat teruk.

Tapi, saya percaya, Allah akan berikan kesembuhan kepada dia dan terima kasih kepada kalian yang tidak henti berdoa serta kongsikan pelbagai cara ikhtiar.

Sekadar info, penyakit Kawasaki merupakan keradangan saluran darah (vaskulitis) terutamanya melibatkan kanak-kanak bawah umur lima tahun.

Terdahulu, Aryssa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan sejak Selasa minggu lalu selepas mengalami demam panas berlarutan.

Sumber: Instagram @aamyrarosli

SKIP THIS AD ×