Umum mengetahui, penyanyi, Siti Sarah dan seluruh ahli keluarganya termasuk pembantu rumah disahkan positif Covid-19.
Artikel berkaitan: Pembantu Rumah Disahkan Positif Covid-19, Shuib Sekeluarga Buat Swab Test
Artikel berkaitan: ‘Kami Sekeluarga Positif Covid-19’ – Siti Sarah
Selepas menjalani beberapa hari tempoh kuarantin di rumah, Siti Sarah kelihatan memberi kata-kata semangat buat pesakit Covid-19 yang masih berjuang melawan wabak itu.
Makin hari makin sihat
Alhamdulillah, makin hari makin sihat. Dah lupa hari ke berapa sebab tak pernah anggap diri ini sakit. Yang penting positive selalu! Jangan lemah! Bila sakit saja mesti nak baring kan? Nak tidur saja. Nak melepek 24 jam. Jangan!
Menerusi Instagram Story, Sarah berkongsi sedikit panduan buat mereka yang sudah disahkan positif Covid-19. Menurut Sarah, pesakit Covid-19 perlu aktif dan sentiasa berfikiran positif. Sebagai salah seorang pesakit yang sedang dikuarantin, Sarah akan menghabiskan waktunya untuk melakukan kerja rumah, makan dan karaoke bagi menghilangkan rasa lemah.
Jangan lemah!
Kalau awak tengah berjuang, lawan sakit ni! Jangan lemah! Ingat ye sayang, awak ni insan terpilih tau. Jangan rasa sedih, cepat sihat! Keluarga tengah tunggu kita sihat, anak-anak tengah tunggu nak main dengan kita. Percayalah ramai yang mendoakan awak dalam diam. Ramai sayang awak ya sayang. Bangkit. Masa ni banyak luangkan masa dengan Allah. Dia nak dengar rintihan kita. Dia rindu kita nak mengadu, nak menangis. Doalah.
Tambah Sarah, pesakit Covid-19 tidak boleh lemah dan mereka harus kuat untuk ahli keluarga yang lain. Di akhir perkongsian, Sarah berkata inilah masa yang sesuai buat semua untuk dekatkan diri dengan Allah.
Terdahulu, Sarah menjelaskan mereka sekeluarga reda dengan apa yang telah terjadi dan meminta doa daripada orang ramai supaya mereka kembali sembuh seperti sedia kala.
Sumber: Siti Sarah