berita

Tahniah : Irma Hasmie Timang Cahaya Mata Perempuan Pula. Lengkap Sepasang!

July 21st, 2014 | by Ai
Lensa Insta

RADIGLOW-By-Skinfiniti-Alyah-Anuar-Zain-Irma-Hasmie-3-630x420

Eee, geram pula kami tatap wajah mulus anak kedua pelakon Irma Hasmie ini. Mana taknya, wajah yang saling tak tumpah persis ibunya itu memang comel dan mendamaikan hati siapa saja yang memandang.

Pada yang masih belum tahu, sebenarnya Irma telahpun selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Prince Court Medical Centre, 18 Julai 2014 yang lalu.

Menurut laman Instagram milik suami Irma, Redza Shah, telah berkongsi foto terbaru anaknya itu. Wah, nampaknya  anak sulung mereka, Redza syah Irfhan dah jadi abang!

Screen Shot 2014-07-21 at 12.53.00 PM

Kami difahamkan keadaan Irma kini stabil dan kedua pasangan ini turut berterima kasih kepada peminat yang tak putus-putus mendoakan kesihatan Irma dan anaknya.

Malah, pengikut di Instagram pun ikut sama teruja atas kelahiran bayi perempuan ini hingga ada yang sudah tak sabar untuk mengetahui nama si manja ini.

Apapun, tahniah kami ucapkan kepada Irma dan Redza. Kami harap dengan kehadiran ‘baby girl’ ini makin lengkaplah kehidupan mereka. Jom tengok foto dulu!

 

SKIP THIS AD ×