berita

Tahniah! Natasha Hudson Disahkan Hamil

September 5th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sejak akhir-akhir ini begitu ramai pasangan artis yang berkahwin sudah disahkan hamil. Tidak terkecuali juga kepada pasangan suami isteri Natasha Hudson dan Carleed Khaza.

Menerusi laporan rakan media Rotikaya pagi tadi, portal hiburan tersebut telah melaporkan bahawa Natasha Hudson kini telah disahkan hamil selama sebulan.

Menurut Natasha, dia telah mendapatkan pengesahan daripada doktor berkaitan kehamilannya sejak minggu lalu. Menerusi berita gembira ini, Natasha merasa begitu gembira dan teruja untuk bergelar seorang ibu.

Untuk makluman, ini merupakan perkahwinan ketiga buat Natasha Hudson dan menerusi perkahwinannya sebelum ini Natasha telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nessa Helena.

Natasha Hudson dan Carleed Khaza telah bergelar suami isteri pada bulan April yang lalu.

SKIP THIS AD ×