berita

Tahniah! Nurul Wahab Bakal Timang Cahaya Mata Lagi

August 11th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Nurul-Wahab

Wah! rasanya tahun ini merupakan tahun yang paling meriah bagi selebriti dan penggiat seni hiburan tanah air. Mana taknya, lepas sorang-sorang dikhabarkan mengandung.

Terbaru, penyanyi hitam manis Nurul Wahab Depp mengumumkan bahawa dia sekali lagi bakal menimang cahaya hasil perkahwinannya bersama Eric Depp. Tahniah!!

Perkara tersebut diumumkan sendiri olehnya menerusi blog Nurul sendiri. Kalau korang nak tahu, Nurul dan suami nampaknya masih merahsiakan kehamilan kali ini dari keluarga suaminya.

1

Nak bagi surprise katanya! Hehe. Macam-macam kan? Kata Nurul, suaminya memang suka buat kejutan jika ada sesuatu yang istimewa kepada kedua orang tuanya.

Haa, baguslah begitu. Pasti lebih meriah jika mereka tahu tentang orang baru ni nanti kan? Nampaknya anak pertama mereka, Zachary Depp bakal jadi abang tak lama lagi.

Alhamdulillah. Rezeki meraka cepat dapat anak. Baguslah begitu, kami harap rumahtangga Nurul dan suami akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kegembiraan.

Rasa tak sabar pula nak tengok anak Nurul nanti. Ikut wajah siapa pula ya? Hehe. Jom tengok sikit pengumuman Nurul ni. Selamat menonton!

Kredit Foto : Instagram Nurul Wahab Depp

SKIP THIS AD ×