berita

TAHNIAH : Radhi OAG Bakal Timang Cahaya Mata, Kali Ini Mahu Anak Perempuan

June 24th, 2014 | by Ai
Kini Trending

IMG_7645-630x420

Sebagai permulaan pagi korang yang indah, kami mulakan dengan berita baik! Dengar khabar vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi bakal menimang cahaya mata kedua. Tahniah!

Menerusi laporan sebuah portal hiburan semalam, kami difahamkan kandungan isteri Radhi, Shahira Ayu kini sudah pun mencecah empat minggu.

Kalau korang masih ingat, pasangan ini baru saja bernikah April lalu dan khabarnya mereka bakal mengadakan majlis resepsi mereka sekitar Syawal ini. Wah! bertambah serilah pengantin baru ini nanti.

IMG_7644-630x420

Menurut Radhi, dia sangat teruja dengan kehadiran orang baru ini. Maklum sajalah, anak pertama Radhi, hasil perkahwinannya terdahulu iaitu Muhammad Rifdhi Muslim kini sudah berusia 9 tahun.

Sembilan tahun itu cukup lama dan kalau nak diiikutkan, saya sendiri tidak ingat bagaimana perasaan menjadi ayah ketika itu. Bila Ayu kata dia hamil, saya teruja seolah-olah menjadi ayah baru.

Saya dah pernah ada anak dan ini pengalaman pertama buat Ayu. Jadi saya sangat risau sebab banyak perkara yang saya perlu bantu dia.

Untuk pengetahuan, kali ini Radhi mengidamkan anak perempuan pula. Namun, semuanya dia serahkan kepada rezeki yang Allah beri.

Sebelum ini saya dah ada anak lelaki, jadi kalau boleh kali ini saya mahu perempuan pula. Tapi saya serahkan semuanya pada Allah kerana ini semua kuasa Allah.

Apapun, kami ucapkan tahniah sekali lagi buat pasangan ini dan semoga dikurniakan anak-anak yang comel dan soleh.

SKIP THIS AD ×