berita

Tahniah! Uyaina Arshad Selamat Bersalin Bayi Lelaki

September 9th, 2022 | by Ain Rabbiyatul
Kini Trending

Isteri kepada Raja Syahiran iaitu Uyaina Arshad, 29, selamat melahirkan putera sulung secara pembedahan pada Khamis.

Artikal berkaitan: Uyaina Tanya Pengikut IG Boleh Ke Minum Susu Kambing Ketika Hamil, Dr Malar Bagi Tips

Kongsi memori bersama peminat

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Raja Syahiran dan Uyaina Arshad melalui laman Instagram milik mereka secara serentak. Gambar yang dimuat naik merupakan gambar tangan mereka bersama putera sulung tersebut.

Baba & Mama love you so much

Pada gambar yang dimuat naik oleh Uyaina Arshad terdapat titipan doa yang ditulis istimewa buat puteranya itu agar menjadi anak soleh.

Menjelang Maghrib tanggal 8/9/22 anakandaku dilahirkan dengan tangisan. Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa & agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia & seorang pemimpin yang hebat.

Untuk info, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga 20 Disember 2021.

Sumber: @uyainaarshad

SKIP THIS AD ×