“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa”.
Mesti korang selalu dengar ungkapan ni kan? Sedar tak sedar, kita sebenarnya dah tak banyak masa dengan mereka dan sebab itulah, kita sepatutnya menghargai masa yang masih ada ni untuk berbakti kepada insan paling berharga ni.
Nampak macam remeh tapi sebenarnya korang tahu tak apa yang diperlukan oleh mak ayah korang di usia emas mereka?
“Hello, mak ayah sihat ke tu..?”
Bila dah bekerja jauh dari mak bapak tu, rajin-rajinkanlah telefon mereka selalu. Yelah, nak balik tiap-tiap minggu tu macam susah sikit, jadi tak salah kalau korang bertanya khabar setiap hari.
Sekurang-kurangnya korang tahulah sakit pening mereka. Kadang-kadang ibu bapa ni bukanlah nak wang ringgit sangat, tetapi perhatian tu yang lebih penting.
“Alahai..sayang cucu opah”
Bila dah berumur ni, selain anak, cucu lah yang jadi kesayangan si atok dan nenek. Kadang-kadang tu, bila balik kampung, cucu dulu yang dicarinya. Kiranya, 24 jam lah dok rindu cucu.
Korang yang masih ada ibu bapa tu, selalu-selalulah pulang ke kampung supaya atok dan nenek dapat lepaskan rindu dekat cucu tersayang.
Sesekali bawaklah makan angin..
Mak ayah kita ni kalau diajak berjalan mesti jawapannya, “Korang pergilah anak beranak, nanti takde siapa nak jaga ayam itik aku”. Haa..tapi sebenarnya diorang suka bila dapat bercuti dengan anak cucu. Dapatlah ubah angin sikit!
Jadi korang janganlah berkira sangat duit tu. Apa kata setahun sekali bawak mak ayah korang makan angin. Alah..kalau tak ke luar negara, dalam negara pun jadi. Asalkan dapat luangkan masa bersama dengan mereka.
“Nah hadiah untuk mak ayah..”
Mak ayah kita ni memang tak pernah mintak duit atau hadiah dari kita. Tapi, apalah salahnya kalau sekali sekala kita hadiahkan mereka sebagai tanda perhargaan sebab menjaga dan mendidik kita dari kecil. Sesekali tu apa kata bawak mak ke spa, takpun belikan ayah dompet atau belanja makan di hotel ke. Mesti diorang happy!
Orang kata, kalau tak berkira dengan ibu bapa, lagi banyak rezeki yang korang akan dapat nanti.
Ada peneman bila pergi check up..
Di usia emas mak ayah kita, buat check up di hospital memang dah jadi rutin bulanan mereka. Seawal subuh diorang dah terpacak di hospital tunggu giliran. Sekurang-kurangnya kalau korang ada sebagai peneman, bolehlah borak-borak dan eratkan bonding anak beranak.
Sambil-sambil tu, korang bolehlah update tentang tahap kesihatan mak ayah korang.
Yang paling utama, mestilah kesihatan yang baik!
Dalam usia emas ini, ibu bapa dah tak pandang harta dan wang ringgit, tetapi mereka lebih perlukan kasih sayang, perhatian, penjagaan dan perlindungan yang secukupnya dari anak-anak. Jadi, sebagai anak, korang kenalah pastikan segala keperluan ibu bapa korang cukup termasuklah dari segi kesihatan diorang. Salah satu cara adalah dengan vaksin flu atau influenza.
Flu boleh membawa maut?
Ramai orang beranggapan vaksin atau imunisasi ni hanya untuk bayi dan kanak-kanak sahaja. Sebenarnya, orang dewasa pun memerlukan vaksin kerana kita juga berisiko tinggi untuk maut jika mendapat penyakit berjangkit yang boleh dicegah oleh vaksin. Salah satu penyakit ini adalah flu atau influenza!
“Eh, selsema je pun. Makan panadol, hilanglah,”. Haa..korang salah sebenarnya, sebab selsema dan influenza adalah berbeza di mana influenza boleh mendatangkan maut, terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi berumur 65 tahun ke atas sekiranya tidak dicegah! OMG, seriuslah?
Ya! Paru-paru dan sistem imun badan akan menjadi semakin lemah dengan meningkatnya usia. Oleh itu, bagi orang yang sudah lanjut usianya seperti ibu bapa korang, ia menjadi sukar untuk mereka melawan influenza. Simptom yang dialami mungkin lebih teruk dan risiko mereka mendapat komplikasi yang serius juga adalah lebih tinggi.
Selain itu, influenza juga sangat mudah merebak. Lebih-lebih lagi, musim influenza di Malaysia berterusan sepanjang tahun, tidak seperti di negara-negara beriklim sederhana yang biasanya menghadapi wabak influenza pada musim sejuk.
Jadi, jangan biarkan influenza menyerang dan memberi kesan yang teruk kepada kedua ibu bapa korang. Jom sama-sama kita berikan kasih sayang secukupnya. Bawa mereka untuk mendapatkan vaksin influenza bagi memberikan mereka pencegahan awal dan memastikan kesihatan kedua insan tersayang ini.
*Mesej ini dibawakan kepada anda dengan kerjasama Immunise4Life