berita

Tahun 2020 Kan Raya Dengan Saudara Je, Mesti Korang Akan Jumpa 5 Kerenah Ini Waktu Raya Nanti

May 22nd, 2020 | by Epul
Kini Trending

Seperti mana yang korang semua tahu, tahun ini kita menyambut Hari Raya Aidilfitri sedikit berbeza. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyarakankan supaya aktiviti kunjung-mengunjung cuma dilakukan pada hari raya pertama saja. Maknanya, raya kita tahun ini cuma disambut dalam kalangan ahli keluarga dan saudara terdekat sajalah.

Apa pun, raya tetap raya walaupun cuma bersama dengan ahli keluarga terdekat. Mesti korang rindu kerenah, perangai dan ragam saudara-mara bila tiba hari raya kan? Ada tak antara mereka perangai macam admin share kat bawah ni?

1. Sepupu cool yang ada banyak gajet canggih terbaru

Dia ni, tiap kali jenama telefon launch model baru, mesti dia beli dulu. Kalau duduk satu meja dengan dia, jangan terkejut kalau dia keluarkan tabletlaptopsmartphone dan macam-macam lagi dari dalam beg. Tak sebut lagi smart watch yang ada kat tangan dia tu.

Kalau balik raya, mesti dia akan bawa balik PlayStation untuk dia main kalau bosan-bosan. Korang pun apa lagi, menumpanglah main sekali!

2. Makcik yang pandai masak, macam-macam lauk hidang atas meja

Kalau ada makcik macam ni bila raya, orang lain tak perlu pening fikir nak masak lauk apa untuk raya. Sebab dalam kepala dia dah ready menu dan juadah apa dia nak masak untuk pagi raya nanti. Korang cuma tolong jelah dia kat dapur potong-potong.

Tiba je pagi raya pertama, bersusun lauk atas meja makan. Seronok dan meriah kan tengok macam-macam menu menarik untuk dijamu? Barulah meriah walaupun raya dengan saudara terdekat je!

3. Anak buah yang minta phone korang untuk main game

Korang mesti pernah lalui situasi di mana anak buah datang dekat waktu korang seronok main phone dan mereka minta phone korang untuk main game kan? Ayat pertama yang keluar dari mulut anak buah biasanya “handphone paklang takde game ke?”

Biasanya korang bagi ke tak? Jawab jujur! Siapa dah sorok game siap-siap dalam folder tersembunyi kita geng. Hahaha!

4. Pakcik yang tiap tahun tukar kereta baru

Fuh, bagi korang yang meminati bidang permotoran mesti cemburu dengan pakcik jenis macam ni. Tiap kali balik raya mesti kereta dia bertukar. Dari jenama tempatan sampailah import, semua dia pernah pakai. Kalau korang tanya kereta mana paling best, mesti dia boleh jawab!

5. Kakak ipar yang tak suka buat kerja waktu raya tapi suka jaga anak orang lain

Orang macam ni pun ada dan admin antara salah seorang daripadanya, hehehe. Mereka bukan malas terus tapi kurang gemar buat kerja rumah dan lebih suka jaga budak. Apa salahnya korang buat kerja rumah, bagi dia jaga anak korang. Kan saling bantu membantu?

Pernah jumpa saudara yang sanggup tukar telco semata-mata untuk ganjaran?

Kalau diikutkan, banyak lagi kerenah saudara yang korang boleh jumpa. Tapi, korang pernah jumpa tak saudara yang sanggup tukar telco semata-mata nak ganjaran?

Kalau belum pernah jumpa, apa kata korang jadi saudara tu dan bertukar kepada Digi Abadi sebab Digi menawarkan pakej pelan prabayar internet bersama insurans hayat yang pertama di Malaysia. Berbaloi kan?

Cuma RM28 untuk pek sim dan RM20 untuk harga bulanan seterusnya, korang akan dapat 3GB internet pantas setiap bulan dan insurans hayat percuma yang meliputi perlindungan sehingga RM40,000. Tambahan itu, tempoh sah kad SIM adalah sepanjang 365 hari.

Untuk pengetahuan korang, perlindungan Insurans Hayat menyeluruh Digi Abadi meliputi perlindungan kematian sebanyak RM30,000, kematian akibat kemalangan sebanyak RM8,000 dan perbelanjaan pengebumian sebanyak RM2,000.

Malah, korang turut berpeluang menerima manfaat tambahan kalau kekal jadi teman abadi Digi seperti tambahan perlindungan kematian sebanyak RM5,000 dan tambahan internet 1GB dengan setiap pembaharuan tahunan.

Pelan ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang layak berumur 30 hingga 55 tahun.

Tunggu apa lagi? Dapatkan Digi Abadi hari ini di Digi Online Store sebab pek eksklusif ini hanya terhad untuk 100,000 pek sahaja!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×