Menyambut ulang tahun kedua tanpa isteri di sisi, pengguna Facebook, Izrul Mat Taib memuat naik beberapa gambar membawa anak perempuan menziarahi pusara isteri. Difahamkan, isterinya meninggal dunia ketika berpantang akibat darah beku di saluran jantung.
Artikel berkaitan: Saya Akan Jaga Ayesha Dengan Penuh Kasih Sayang’ – Sayu! Selepas Kehilangan Isteri, Anak Pula Dijangkiti Kuman
Tambah Izrul lagi, dia mengambil cuti untuk menyambut ulang tahun perkahwinan bersama Ayesha. Sebak!
Sedih tak dapat sambut dengan awak
Hari ini ulang tahun perkahwinan kita sayang yang ke 2 tahun. Sedih tak dapat sambut dengan awak. Tahun lepas pun kita sambut biasa-biasa je awak cakap tak apa tahun depan kita sambut bertiga meriah sikit sebab ada anak tapi tahun ni kita sambut dekat sini je cuma alam kita berbeza.
Kadang hati ini rasa redha kadang tak. Saya sayang awak sangat-sangat. Terbayang-bayang awak ada lagi dengan saya. Dah lama nak melawat awak tapi hari ini saya ambil cuti nak bawak Ayesha jumpa awak sebab hari ni ulang tahun perkahwinan kita. Kadang saya rasa down sangat-sangat tapi hidup perlu diteruskan.
Jumpa di syurga
Harap awak damai la di sana dan semoga awak ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Semoga suatu hari nanti kita dapat berkumpul keluarga kecil kita nanti di syurga. Saya dengan Ayesha sayang awak sangat-sangat. Awak sentiasa di hati saya love u sayang.
#8-9-18
#8-9-2020
#ulangtahunperkahwinanke2
#sytetapsygggawk
Sumber: Izrul Mat Taib