Madame Mariyah atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Kemboja akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya yang menggelar kaum Melayu sebagai golongan yang malas.
Artikel Berkaitan: Kecoh Kontroversi Gelar Melayu Malas, Timbul Pula Dakwaan Mak Cik Kemboja Culas Bayar Hutang
Artikel Berkaitan: Dikecam Kerana Gelar Melayu Pemalas, Usahawan Asal Kemboja Buat Permohonan Maaf – ‘Saya Juga Maafkan Mereka Yang Hina Saya’
Tak ada niat nak menghina
Menerusi sidang media tersebut, Mariyah atau nama sebenarnya Mariyah binti Yaakob memohon maaf atas kesilapan dan keterlanjurannya dalam berkata-kata sehingga mengguriskan hati pelbagai pihak.
Saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka bagi pihak saya, Maria Binti Yaakob dan pada pihak syarikat juga. Saya nak memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan seluruh bangsa-bangsa Melayu atas kekhilafan saya dan keterlanjuran kata-kata saya.
Dalam pada itu, Mariyah turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang banyak menyokong perniagaanya selama ini.
Itu je lah yang saya boleh cakap. Saya nak minta maaf. Saja juga nak mengucapkan terima kasih kepada seluruh bangsa Melayu yang selama ini sokong perniagaan saya. Maafkan saya.
Sejujurnya jauh di sudut hati saya, tidak ada terdetik pun nak menghina mana-mana bangsa. Seratus peratus untuk motivasi.
Terdahulu, Mariyah menerima kecaman teruk selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.
Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sumber: Sinar Harian