berita

‘Tak Ada Niat Tipu..’ – Hadiah Tanah Lot Aishah Tak Kunjung Tiba, Ini Respon Penaja

August 28th, 2018 | by faris
Kini Trending

Selepas Aishah, Lan Solo turut mendedahkan dia juga turut menerima nasib sama apabila masih tidak menerima hadiah sebidang tanah seperti yang dijanjikan. Dalam program realiti itu, Aishah menggondol gelaran juara, Liza Hanim di tempat kedua dan Lan, ketiga.

Penaja hadiah berkenaan, Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa kemudiannya menjelaskan segala kekusutan mengenai isu ini dan berharap segala masalah boleh diselesaikan.

Tak berniat tipu pemenang

Bercakap kepada Mstar,Mohd Amir berkata, dia akan bertanggungjawab dan akan memastikan pemenang mendapat hadiah seperti yang dijanjikan. Tambahnya, kelewatan berlaku kerana masalah yang dihadapi di pihaknya.

Proses penyerahan lot tanah itu lambat kerana syarikat kami iaitu Bina Megah Empire menghadapi sedikit masalah dalaman antara lembaga pengarah dan itulah yang menyulitkan keadaan.

Saya tak ada niat nak menipu mereka dan masalah kelewatan ini akan diselesaikan secepat mungkin. Saya berjanji akan bertanggungjawab terhadap kes ini dan akan memastikan hadiah tersebut sampai ke tangan pemenang

Tak salahkan Aishah

Mohd Amir juga turut menjelaskan dia sudah menghubungi semua pemenang dan memberitahu mengenai kelewatan berkenaan dan mereka tidak kisah dengan perkara itu. Namun, dia tidak menyalahkan penyanyi Janji Manismu itu dalam isu ini.

Saya ada hubungi Aishah, Liza Hanim dan Lan, mereka sudah dimaklumkan mengenai kelewatan ini dan komunikasi kami baik-baik sahaja.

Namun, isu ini sudah viral dan saya tak salahkan Aishah dalam hal ini kerana memang mereka berhak menuntut hadiah tersebut.

Sumber: Mstar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×