berita

‘Tak Ada Sebut Nama Saya Pun’ – Altimet Tidak Terasa Sindiran Gong Nekara

March 21st, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Masih panas kontroversi berhubung penciptaan lagu Mambang oleh Altimet. Netizen beranggapan lagu tersebut dicipta untuk menyindir bekas anggota kumpulan Too Phat iaitu Malique. Sehubungan itu, anak didik Malique, Kmy Kmo dan Luca Sickta melancarkan lagu Gong Nekara turut mencetuskan kontroversi seolah mereka membalas sindiran Mambang.

Artikel berkaitan: Peminat Hip Hop Dakwa Lagu ‘Mambang’ Ditujukan Kepada Malique, Ini Cerita Sebenar Dari Altimet

Menurut Astro Awani, Altimet tidak cepat melatah apabila dirinya dikatakan mempunyai kaitan dengan lagu Gong Nekara. Tambah pula, selagi lagu itu tidak menyebut namanya secara jelas, dia tidak akan terasa dengan lagu tersebut.

Idea masa berbual dengan kawan

Bagaimanapun, dia telah menjelaskan inspirasi pembikinan lirik lagu Mambang menerusi thread Twitter miliknya pada 1 Mac lalu.

Apa bukti mereka lagu tersebut untuk saya? Tak ada sebut nama saya pun. Bagi saya kalau nak bahasakan saya, sebut nama saya. Kalau tak ada, buat apa saya nak terasa.

Dia sememangnya telah terbiasa dengan tuduhan dan dakwaan dari netizen menerusi beberapa lagu yang pernah diciptanya sebelum ini.

Sudah lali dengan kata netizen

Berdasarkan pengalaman penyanyi rap ini, semasa lagu Amboi hit dia turut menerima kritikan netizen yang mengatakan lagu tersebut bersifat sindiran kepada pekerja pejabat. Begitu juga lagu Kalau Aku Kaya turut mendapat tempias seolah Altimet menyindir kerajaan.

Bagi saya, kalau orang lebih percaya apa yang mereka katakan, panjang mana saya jelaskan pun, mereka tetap percaya dengan apa yang mereka fikir dan kata.

Akan bersara?

Bagaimanapun, penyanyi rap ini membuat keputusan untuk bersara pada hari ulang tahun ke-40, tahun ini. Sebelum bersara, dia juga berhasrat melancarkan lagu baru berjudul Bunga yang menceritakan mengenai hutang.

Credit: Astro Awani

SKIP THIS AD ×