berita

‘Tak Apalah Ibu Biar Kakak Mati’ – Ibu Sebak Rintihan Remaja Hidap Penyakit Buah Pinggang Kronik

December 19th, 2017 | by Ai
Kini Trending

Bagi pengidap penyakit kronik , mereka yang berfikiran positif biasanya mempunyai hati yang cekal dan berusaha untuk melawan penyakit tersebut. Tetapi, akan sampai satu tahap mereka hanya mampu berserah lebih-lebih lagi apabila penyakit yang dihadapi itu tiada tanda beransur sembuh walaupun perlbagai usaha telah dilakukan. Persoalanya, sampai bila mereka mampu kekal positif?

‘Tak apalah ibu, biar kakak mati’ itulah ungkapan adik Farah Natasya yang membuatkan air mata ibunya, Nor Farizan berderai jatuh mengenangkan nasib anaknya itu yang mengidap penyakit buah pinggang kronik.

Polycstic kidney disease

 

Difahamkan, adik Farah dilahirkan normal sebelum diserang sawan ketika berusia dua bulan dan doktor mengesahkan terdapat cyst (Polycstic kidney disease) pada buah pinggangnya yang menyebabkan penyakit itu terjadi.

Akibat penyakit itu, tulang kakak (Farah Natasya) membengkok sedikit demi sedikit sehinggalah tahun lalu, dia tidak lagi boleh berjalan dan hanya terlantar.

Sebelum ini, dia ke sekolah seperti kanak-kanak lain dan kini hanya meneruskan pembelajaran di Sekolah Dalam Hospital di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

Kakak terpaksa berulang-alik ke HTJ untuk menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Lebih menyeksakan, hampir seluruh badannya sudah ditebuk untuk memasukkan tiub bagi rawatan itu.

Selepas ini, doktor perlu mencari bahagian sesuai yang masih boleh ditebuk dan kami hanya berserah kepada Allah

Terpaksa berhutang

Farizan yang bekerja sebagai pembantu pra sekolah dan suaminya pula sebagai pembantu perubatan di HTJ membelanjakan hampir keseluruhan gaji mereka untuk rawatan anaknya itu. Tambahan pula, mereka tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan, selain daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperoleh RM200 sebulan. Mereka turut mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah.

Meskipun payah sehingga terpaksa berhutang dan membuat pinjaman dengan institusi kewangan, semuanya dilakukan demi melihat kakak dapat sembuh semula.

Kami sudah berusaha selama 13 tahun dan hanya bertawakal serta berdoa kepada Allah. Kalau ikutkan apa saja saya dan suami sanggup lakukan demi kakak, tetapi jika Allah lebih sayangkannya, kami sekeluarga reda

Jika dulu kadang-kadang saya terlalu sedih dan tidak kuat menghadapi ujian ini, dialah yang tenangkan saya dengan kata-kata yang dia akan selamat.
Tetapi sekarang dia dah tak seperti dulu. Baru-baru ini dia beritahu saya ‘takpelah ibu, biarlah kakak mati’ sebab sudah tidak tahan lagi nak melalui proses rawatan.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan ke akaun Maybank milik Mohd Nizam, 155014014639. Admin mendoakan agar adik Farah cepat sembuh dan diberi kekuatan untuk melawan penyakitnya.
Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×