berita

Tak Berhati Perut, Bapa Durjana Hadapi 41 Tuduhan Rogol Anak Sejak PKP!

November 10th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, media melaporkan tentang seorang gadis yang melarikan diri, akibat sering dirogol oleh bapa kandungnya sendiri. Ketika kejadian, mangsa telah ditahan oleh pihak polis disebabkan tidak mempunyai permit perjalanan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Mangsa ketika itu mahu pulang ke rumah ibunya di Kuala Nerang, Kedah.

Artikel Berkaitan: Ada Rekod Kes Sumbang Mahram, Bapa Ditahan Dakwaan Rogol Anak Sendiri

Terbaru, bapa kepada mangsa telah dihadapkan ke mahkamah dan berhadapan dengan 41 tuduhan kesalahan seksual.

41 tuduhan kesalahan seksual

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Harian Metrotertuduh yang berusia 42 tahun, telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas 41 tuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap anak perempuannya sendiri. Perbuatan terkutuk itu dipercayai dilakukan secara berterusan semenjak Januari yang lalu.

Ketika proses perbicaraan, tertuduh tidak mengaku bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nor Hazani Hamzah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa atas 14 tuduhan melakukan persetubuhan dengan mangsa yang berusia 15 tahun 11 bulan, di sebuah rumah di Bukit Antarabangsa di sini, antara jam 2.10 dan 8.35 pagi, pada Januari sehingga Oktober lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tidak berakhir di situ, tertuduh turut didakwa atas 18 tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan mangsa di sebuah rumah.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Dia turut berdepan sembilan tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di tempat, masa dan tarikh sama serta didakwa mengikut Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tiada ikat jamin

Gambar sekadar hiasan

Pihak Timbalan Pendakwa Raya S Sangitaa, tidak memberikan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan membantah sebarang permohonan ikat jamin kerana dikhuatiri tertuduh akan melarikan diri dan tidak dapat dijejaki semula, serta mengganggu mangsa, yang merupakan anak kandungnya.

Hubungan tertuduh dengan mangsa adalah ayah dan anak. Bagi seseorang yang sepatutnya bertindak sebagai penjaga kepada anak kandungnya, tertuduh bertindak dengan cara menjijikkan sehingga sanggup melakukan kesalahan seksual seperti dalam pertuduhan.

Walaubagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon untuk dibenarkan ikat jamin dengan alasan perlu menjaga hal-hal syarikat dan kebajikan pekerja serta menjaga tiga kakak dan seorang adik yang menghidap barah tahap tiga.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Disember ini untuk sebutan semula kes dan melantik peguam.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×