berita

Tak Berhenti Mereka Cakap Terima Kasih, Ebit Lew Kongsi Kisah Berdakwah Di Lorong

June 2nd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui bahawa Ustaz Ebit Lew merupakan seorang penceramah bebas yang sering berkongsi nasihat dan motivasi di laman sosial miliknya. Memiliki tutur kata yang lembut, Ustaz Ebit antara penceramah yang disukai ramai.

Terbaru, dia berkongsi pengalaman bertemu golongan transgender, iaitu golongan mak nyah dan beberapa orang wanita yang bekerja sebagai pelacur di lorong. Menurutnya, golongan tersebut tidak pernah menerima sebarang nasihat daripada mana-mana individu.

Menangis selepas jumpa mereka

https://www.facebook.com/ebitlew/videos/pcb.2237738499677754/2237738426344428/?type=3&theater

12 malam tadi terus pergi ke lorong-lorong jumpa transgender/maknyah dan wanita-wanita kerja lorong. Menangis selepas jumpa mereka. Tak berhenti mereka cakap terima kasih datang. Tak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat. Itu paling buat saya sebak dihati. Sebak menangis bila dapat jumpa saudara yang baik yang diuji dalam kehidupan. Ada seorang ni mula kerja lorong dari umur 11 tahun lagi. Belum sunat lagi masa tu. Untuk sara dan bantu keluarga adik beradik. Sehinggalah hari ini. Menangis saya dengar. Beberapa orang lagi dari 14tahun dan 15 tahun. Maknyah atau transgender sebak selepas beri nasihat saya peluk mereka. Terkejut terharu dan ada yang menangis.

Tekun dengar nasihat

Mereka bawa saya ziarah semua wanita dan transgender yang kerja lorong. Banyak soalan mereka. Ya Allah. Saya sedih tengok tempat kerja mereka. Bilik panas dan sempit. Ada yang yang tadi belajar solat dan lain-lain. Sedih rasa. Bila mereka tekun dengar nasihat. Ramai tinggal tempat kerja mereka sedangkan malam ini malam minggu ramai orang. Mereka terus ikut dan banyak dapat berbual dengan mereka. Mereka sedar jelas halal dan haram. Semoga Allah beri kekuatan.

Ada seorang kakak ni dah lama kerja ini. Suami dah tak ada. Dari 13 tahun. Sampai sekarang kerja lorong. Anak 3 orang belajar Mesir. Bila anak minta duit dia bagi dan anaknya tak tahu kerja maknya. Dia seorang diri besarkan anaknya. Saya doakannya dapat keluar dari kerja semua ini dan anaknya dapat bantu ibunya. Sedih menangis kakak tu.

Berdoa Allah beri kekuatan

Dengar cerita mereka kadang menangis kuat-kuat seorang diri berdoa minta Allah beri kekuatan dalam perjalanan menjadi hamba Allah dan menangis rindukan ibu bapa. Pohon doa nak teruskan program 3 hari motivasi untuk mereka semua. Hari tu ramai dari seluruh Malaysia datang sukarela nak belajar solat dan semuanya selama 3 hari 2 malam saya buat di Port Dickson. Mereka azam nak ikut bersama. Pohon doa semua yer buat saya dan mereka semua dan semua manusia didunia ini. Supaya kita semua sama-sama disayangi Allah dan diampuninya. Ya Allah diriku mengadu betapa lemahnya dan kekurangan dalam dakwahku. Maafkanlah diriku. Mereka semua baik-baik.

Sumber: Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×