berita

Tak Berlaku Penderaan Ke Atas Dia – Abby Abadi Tunjuk Bukti Tak Cederakan Bekas Suami

June 12th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

#44 Suami Abby Abadi Lafaz Cerai Dua Kali, Kes Tangguh 11 Jun – ROTIKAYA - Google Chrome

Tak cukup dengan berita perceraian mereka, bekas suami Abby Abadi iaitu Noor Farhan pula mendakwa dirinya dicederakan oleh bekas penyanyi kumpulan Elite itu.

Bukan setakat cakap-cakap kosong, Farhan turut menunjukkan gambar bukti keadaan tangan dan mukanya yang calar-balar akibat dicakar oleh Abby.

Screen Shot 2014-06-11 at 18.12.37

Kenyataan bekas suami Abby, Farhan disebuah blog hiburan tempatan petang semalam

Namun menerusi laman Instagram petang semalam, Abby telah memuat naik dua foto beserta penjelasan mendakwa apa yang dikatakan oleh Farhan itu tidak benar dan sengaja direka.

Screen Shot 2014-06-11 at 18.12.54

Kenyataan balas Abby Abadi terhadap dakwaan mencederkan Farhan

Malah, Abby turut menafikan dakwaan bahawa dia memarahi Farhan kerana tidak diberikan duit yang diminta.

Dalam masa yang sama, Abby melalui Instagram, menampilkan bukti perbualannya bersama Farhan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) berkaitan isu keganasan domestik terbabit.

Screen Shot 2014-06-11 at 21.06.38

Antara screenshot SMS perbualan Abby & Farhan

Screen Shot 2014-06-11 at 21.06.47

Tak cukup dengan itu, Abby turut memberitahu perkara ini masih belum selesai kerana masih ada banyak ‘episod’ yang akan terjadi pada masa akan datang. Apakah?

Sebagai orang luar, kita tunggu sahajalah keputusan mahkamah nanti bagi menentukan yang terbaik buat Abby dan Farhan. Tak mahulah bermusuhan selepas bercerai pula.

SKIP THIS AD ×