Aktres dan hos jelita Neelofa menjadi sasaran kecaman apabila dia dilihat memuatnaik beberapa babak dalam filem Lion King di Instagramnya. Sebanyak 4 Instagram story telah dipadamkan dari laman sosialnya itu setelah isu berkenaan dilaporkan kepada pihak panggung wayang.
Bekas Dewi Remaja ini kemudiannya dengan rendah diri memuatnaik permohonan maaf berhubung keterlanjurannya itu.
Teruja zahirkan sokongan
Neelofa membuat permohonan maaf itu menerusi laman sosialnya setelah isu terbabit dibangkitkan beberapa netizen siang tadi. Lofa dalam kenyataannya mengakui apa yang berlaku adalah dia teruja untuk berkongsi dengan pengikutnya mengenai filem animasi popular tersebut.
Saya tidak berniat untuk melanggar undang-undang berkaitan hak cipta kerana menghormati harta intelek sebagai seorang artis.
Sejujurnya tindakan saya itu hanyalah kerana teruja untuk menunjukkan sokongan kepada filem tersebut sekaligus mengajak lebih ramai rakyat Malaysia dan keluarga menontonnya.
Harap jadi pengajaran
Meledak dengan drama Suri Hati Mr Pilot, Neelofa menanggung sepenuhnya dan memilih untuk bertanggungjawab atas kekhilafan diri memuatnai IG story terbabit.
Jadi telah berkongsi beberapa babak filem tersebut tanpa menyedari masalah yang mendatang kemudiannya. Saya dengan ini mengaku bertanggungjawab atas kesalahan dilakukan.
Saya mohon kesilapan ini turut menjadi pengajaran kepada orang lain supaya kita lebih berhati-hati di masa depan.
Sumber: Neelofa