Sekadar gambar hiasan
Sepasang pasangan di New Delhi, India, didakwa bertengkar sebelum pembunuhan berlaku dengan keadaan mangsa dicekik menggunakan selendang yang dipakainya.
Artikel Berkaitan: Lelaki Bunuh Tunang Kerana Dituduh ‘Main Kayu Tiga’ Dengan Seekor Lembu
Artikel Berkaitan: Ahli Perniagaan Bunuh Bekas Tunang, Campak Mayat Dalam Sungai Dijatuhi Hukuman Mati
Takut untuk berkahwin
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Hindustan Times, suspek, 27, bertindak mencekik mangsa, 21, beberapa jam sebelum majlis perkahwinan mereka.
Difahamkan, mangsa keluar untuk pergi ke salon kecantikan sebagai persediaan majlisnya pada waktu petang.
Mangsa tidak pulang ke rumah. Dia juga tidak dapat dihubungi menyebabkan ahli keluarga bertambah cemas.
Hal itu segera dilaporkan kepada pihak polis. Berdasarkan siasatan, mangsa berhubung dengan tunangnya sendiri buat kali terakhir.
Polis bertindak untuk menahan suspek namun hal itu dinafikannya. Walau bagaimanapun, suspek kemudiannya mengaku membunuh tunangnya di dalam hutan terpencil.
Sebab membunuh
Sekadar gambar hiasan
Apabila disoal siasat, suspek menyatakan motif pembunuhan itu hanya kerana dia merasakan dipaksa untuk berkahwinan dan tidak bersedia untuk memberi komitmen.
Saya bersetuju untuk kahwin hanya untuk menyedapkan hati tunang saya. Tetapi, saya jadi panik apabila hari semakin hampir dan bertindak sedemikian.
Susulan daripada itu, suspek ditahan atas sebab jenayah yang dilakukan serta menculik mangsa.
Sumber: Hindustan Times