Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) melarang mana-mana individu merentas negeri terutama bagi yang ingin pulang ke kampung halaman menyambut perayaan Aidilfitri. Ekoran dengan itu, ramai yang sudah berkeluarga mahupun bujang terkandas di rumah masing-masing dan tidak dapat menyambut syawal di kampung.
Mungkin ada yang tidak bersemangat untuk menyambut raya tahun ini kerana tidak dapat merasa kemeriahan seperti tahun sebelumnya. Namun ada beberapa tips untuk korang beraya walaupun jauh disisi keluarga tercinta. Paling penting semangat nak raya tu ada!
Pasang lagu raya
Bagi korang yang tak ada semangat raya tu, cuba buka lagu raya yang meriah. Pasangkan lagu-lagu raya yang penuh dengan memori kat rumah korang. Korang pasti akan tersenyum bila terkenang kembali waktu zaman beraya zaman dulu-dulu. Bukan itu sahaja, korang juga boleh lakukan aktiviti karaoke lagu hari raya. Tak adalah bosan terperap kat rumah tu tanpa buat apa-apa kan.
Hias rumah bertemakan raya
Kalau korang rasa kurang kemeriahan hari raya di rumah, korang bolehlah hias rumah sempena hari raya. Bukan kat kampung sahaja yang korang boleh pasang pelita, kat rumah korang pun boleh. Tak ada pelita, korang boleh gantikan dengan lampu kelip-kelip. Gantung sekeliling rumah barulah rasa semangat dan rasa suasana berhari raya.
Bangun awal pagi
Paling penting bila korang tak beraya kat kampung tu, korang jangan pula tidur sampai ke tengah hari. Bangun awal macam sebelum ni, lepastu lakukan solat sunat Aidilfitri. Dah siap solat semua pergi makan makanan yang korang sediakan tu. Lepas tu, ambil peluang untuk hubungi keluarga korang kat rumah tu. Tak kira la hanya buat panggilan telefon biasa ataupun videocall, yang penting korang kena hubungi mereka untuk mohon maaf.
Bagi duit raya online
Raya tahun ini mungkin berbeza buat korang yang ingin bagi duit raya kepada ahli keluarga mahupun sanak saudara. Jika sebelum ini korang akan hulurkan duit raya selepas selesai aktiviti bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, kali ini korang boleh bagi duit raya secara online. Lepas video call tu mintalah nombor akaun dan korang boleh la transfer jumlah duit raya yang korang nak bagi. Kalau korang inginkan kelainan, korang boleh bagi duit menerusi e-wallet. Maklumlah zaman sekarang semuanya cashless.
Raya dengan rakan sekerja
Bukan korang seorang sahaja yang terkandas tidak boleh pulang ke kampung halaman. Mungkin rakan-rakan sekerja korang pun sama. Jadi, apa kata guna kesempatan ini untuk korang beraya bersama rakan sekerja korang. Namun pastikan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan. Jangan lebih 20 orang pula satu rumah dan sentiasa jaga jarak sosial. Terubat sikit kesedihan korang yang tak dapat beraya dengan ahli keluarga bila ada kawan-kawan yang teman.