berita

‘Tak Boleh Bodoh Sombong Lagi Ke?’ – Syed Saddiq Selar Kumpulan Anti-Khat Larang Anak Ke Sekolah

August 26th, 2019 | by faris
Kini Trending

Perdebatan mengenai pengenalan tulisan jawi di sekolah-sekolah seluruh negara hangat diperkatakan di laman sosial. Walaupun ramai yang bersetuju dengan perkara itu, tidak kurang juga meluahkan rasa tidak puas hati dengannya.

Tindakan Pasukan Tindakan Seni Khat (Sekat) yang mencadangkan ibu bapa untuk berhenti menghantar anak ke sekolah sebagai tanda bantahan mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Gesa anak tak dihantar sehingga ada dialog

Media sebelum ini melaporkan 24 organisasi bukan kerajaan (NGO) menggesa Kementerian Pendidikan perlu menangguhkan pelajaran Jawi atau khat kepada murid sekolah vernakular sehingga mendapat jawapan yang jelas mengenai masalah itu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Setiausaha Sekat, Arun Dorasamy, berkata pihaknya mahu ibu bapa tidak menghantar anak ke sekolah jika perkara itu dilaksanakan.

Jika tuntutan kami tidak dipenuhi, kami mahu ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Kami akan adakan kempen untuk meyakinkan anak-anak untuk tidak pergi ke sekolah.

Tak masuk peperiksaan & pilihan

Syed Saddiq menerusi Twitternya menyelar tindakan Sekat itu yang sanggup menghalang anak ke sekolah meskipun pengajaran jawi bukanlah dimasukkan ke dalam peperiksaan dan hanyalah pilihan. Menteri muda ini juga menggelar kumpulan itu sebagai ‘bodoh sombong’.

Pendidikan bukan taruhan

Seorang netizen mendakwa kumpulan terbabit telah dimanipulasi pihak tertentu dan mereka telah dikritik kumpulan berbangsa India lain. Individu itu juga mengkritik tindakan Syed Saddiq menggelar kumpulan terbabit sebagai ‘bodoh sombong’ dan merasakan Sekat hanya mahukan dialog.

Syed Saddiq membalas komen tersebut mengatakan pihak kerajaan telah menerangkan mengenai pengajaran jawi selama sebulan dan tidak sepatutnya pendidikan kanak-kanak dipertaruhkan dan sekaligus menjadi bahan tawar-menawar.

Kalau tak berlagak, tak tahulah apa lagi. Pendidikan anak-anak bukan untuk dipertaruhkan.

Sumber: Syed Saddiq, Utusan Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×