Amalan gaya hidup sihat dan makanan seimbang sangat penting dalam memastikan badan kekal cergas dan sihat. Pengambilan makanan berminyak dan minuman manis lama kelamaan akan membuatkan berat badan naik mendadak.
Jadi, untuk mendapatkan berat badan ideal anda haruslah bersederhana dalam pengambilan makanan. Jom ikut tips yang dikongsikan ini, dalam dua tahun wanita ini berjaya turun sehingga 33kg.
100kg ke 67kg
Saja nak share “my healthy plate”. Workout 4 kali seminggu konsisten. Alhamdulillah 2 tahun dapat berat ideal. Diet hampir 3 tahun. 100kg – 67kg. Sedap-sedap menu diet ni. Cuma tukar portion saja. Lama-lama dah biasa, portion yang kecil insyaAllah boleh kenyang. Tak paksa perut untuk proses sekali banyak dalam satu masa. Bersederhana dalam pengambilan makanan,
tak boleh jaga kualiti kita jaga kuantiti, tak boleh jaga kuantiti kita jaga kualiti, minum air yang cukup. Amalkan hidup sihat insyaallah. Pinggan saya beli dekat shopee.
My healthy plate
Sumber: Maria Nazri Said