berita

Tak Boleh Merokok Di Semua Premis Makanan, Warung Mulai 1 Januari 2019

October 11th, 2018 | by Taufiq
Kini Trending

Arahan larangan merokok akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2019. Cadangan tentang larangan tersebut sudah diluluskan di peringkat Parlimen dan akan berkuatkuasa mulai tahun depan.

Larangan membabitkan semua restoran

Menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, larangan tersebut sudah lama diwujudkan di bangunan-bangunan kerajaan dan restoran-restoran tertentu sahaja. Namun kali ini ianya melibatkan semua restoran termasuk warung-warung ditepi jalan.

Kita sedar arahan ini sudah lama wujud namun hanya membabitkan restoran-restoran tertentu sahaja.

Tetapi kali ini, semua restoran tidak kira sama ada restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka (open air) perlu mematuhi arahan ini bermula tahun depan.

Akan timbul pelbagai reaksi

Menurut beliau lagi, pihak mereka tidak akan berkompromi apabila ia membabitkan aspek kesihatan orang ramai walaupun menyedari akan ada perokok dan juga pemilik restoran memberikan pelbagai reaksi malahan bantahan mengenai arahan tersebut.

Masyarakat bukan perokok berhak menikmati makanan mereka tanpa gangguan pencemaran asap rokok yang boleh menjejaskan keselesaan dan kesihatan mereka.

Peniaga juga tidak perlu risau akan risiko kekurangan pelanggan kerana kita yakin pelanggan akan lebih ramai kerana berasa selesa tanpa gangguan asap rokok.

Dapat elak penyakit berpunca dari rokok

Tambahnya lagi, larangan tersebut merupakan satu langkah KKM untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar dari penyakit yang berpunca daripada asap rokok.

Situasi ini sekali gus diharap dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek kos rawatan pesakit yang berpunca daripada asap rokok.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Taufiq

Seketul Taufiq with 'q' not 'k'. An Astrophile.