berita

Tak Dapat Sambut Deepavali Bersama, Ratapan Sedih Keluarga Mangsa Kebakaran HSA

October 26th, 2016 | by Ai
Kini Trending

coverfamily

Seluruh negara masih lagi bersedih dengan tragedi kebakaran wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang berlaku semalam. Insiden tersebut telah mengorbankan enam nyawa yang terdiri daripada empat pesakit wanita dan dua pesakit lelaki.

Artikel berkaitan: 6 Maut Insiden Wad Kecemasan Hospital Terbakar, Ini Sebenarnya Yang BerlakuBandingkan Dana Hospital Dengan Peruntukan Padang JDT, Ini Respon Paling ‘Win’ Tunku Idris

Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jika kita sebagai orang awam pun sudah cukup bersimpati dengan nasib malang yang menimpa mangsa, bayangkan pula perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat. Pasti sukar untuk mereka menerima kenyataan bahawa orang tersayang telah terkorban dalam tragedi tidak disangka-sangka itu. Sedihnya…

Tragedi Pilu Menjelang Deepavali…

cvnm5mrvyaerlt3

“Kenapa ini yang menimpa keluarga kami sebelum sambutan Deepavali? Anak kesayanganku, ibu sayang sangat dekat kamu…”

Memetik laporan yang disiarkan oleh sebuah portal berita tempatan, salah seorang pesakit yang terkorban adalah seorang pemuda berbangsa India berusia 20 tahun, K. Logeswaran. Tangisan ibu mangsa kedengaran sayu di wad Unit Rawatan Rapi HSA sewaktu melihat jasad anaknya yang sudah terbujur kaku di dalam keranda.

Tak terbayang betapa sedihnya hati si ibu kehilangan anak tersayang beberapa hari sebelum perayaan Deepavali tiba. Jasad Logeswaran dituntut keluarga malam tadi dan dihantar ke kampung halaman mereka di Teluk Intan, Perak bagi urusan pengkebumian.

Tenang Terima Kenyataan…

Bukan satu keluarga sahaja yang terpaksa menyambut Deepavali tanpa bilangan ahli keluarga yang cukup. Nasib yang sama juga menimpa keluarga Neeramala Devi, pesakit wanita yang turut terkorban dalam kebakaran semalam. Keluarganya kelihatan tenang mengiringi jenazah mendiang selepas selesai proses forensik.

Air Mata Bapa Jatuh Lihat Jenazah Anak!

Dilaporkan kesemua jasad mangsa telah selesai menjalani proses forensik dan selamat dituntut oleh waris masing-masing. Kita tahu bukan mudah untuk menerima kehilangan orang tersayang dalam insiden yang tragis ini. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan yang menimpa dan kuat untuk menjalani hari-hari mendatang.

Sumber: Astro Awani, Twitter Asyraf Awani

SKIP THIS AD ×