berita

‘Tak Faham Kenapa Ramai Tak Percaya Dengan Nombor Kes Harian Covid’ – Elfira Loy

February 10th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak akhir ini, negara mencatat kes harian Covid-19 yang membimbangkan apabila sudah kembali ke angka belasan ribu setiap hari.

Artikel Berkaitan: Twitter Rancak Topik Orang Tua Suka Tanya Hal Peribadi Dekat Kenduri, Elfira Loy; ‘Tak Kenal Pun Dah Komen Macam-Macam’

Tak faham kenapa tak percaya

Pelakon Elfira Loy turut meluahkan kerisauan dengan peningkatan mendadak yang dijangka akan terus berlaku dalam beberapa minggu akan datang.

Bagaimanapun, Elfira, 28, berasa hairan dengan sikap segelintir individu yang tidak percaya dengan jumlah kes harian yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Saya tak faham kenapa ramai yang tidak mahu percaya dengan nombor (kes harian Covid). Setiap hari orang di sekeliling saya ada ja yang kena Covid.

Nak lepak ambil booster

Tambah pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, pembantu peribadinya antara salah seorang yang terpaksa dikuarantin namun tidak didedahkan sama ada positif Covid-19 atau kontak rapat.

Dalam pada itu, ibu yang sedang sarat hamil ini mengingatkan untuk tidak keluar berjalan di tempat sesak terutamanya kepada yang belum ambil dos penggalak atau booster.

Sebelum ini, adik lelaki Elfira iaitu aktor Ezzrin Loy memberitahu dia disahkan positif Covid-19 menerusi Instagram (IG) miliknya.

Sumber: Instagram @elfiraloy

SKIP THIS AD ×